Saturday, October 22, 2016

EXORA - LAMPU CVT MENYALA




Continuously Variable Transmission atau CVT adalah sejenis sistem gear tansmisi automatik dalam industri automotif. Proton Exora Bold menggunakan sistem CVT.
Kalau dulu kereta-kereta automatik kat Malaysia ni bila jalan dia ada 'jerk' sikit menandakan pertukaran gear secara automatik dari satu step ke step yang lain.
CVT gear automatik di exora ni dia senyap, jerk tu tak rasa pun dan telah banyak jenis-jenis transmisi automatik yang lebih moden seiring dengan teknologi canggih di gunakan pada kereta-kereta lain.

Keadaan Exora Penulis - CVT Menyala

Lampu CVT pada exora bold saya kejap menyala, kejap tak. Kadang-kadang seminggu sekali dua, kadang-kadang sebulan sekali. Bila off on kan enjin dia ok je.
Pegi bengkel dia cakap tak dapat detect apa punca. Tak salahkan bengkel jugak, symptom takde, solution pun susah nak buat, takut tukar barang still under warranty, kalau salah barang, buat penat diorang je.

Keadaan Bila CVT Menyala

Bila lampu CVT ni menyala (rujuk gambar di atas - lampu bulat, ada gigi-gigi tu), gear berada dalam keadaan neutral (free) secara involuntary (secara paksa), ini di tunjukkan pada bahagian position gear di speedo meter - gambar [-].
Bila keadaan ini berlaku tidak kira enjin sedang hidup, kereta sedang bergerak di jalanraya atau tidak, ia akan menyebabkan kereta kehilangan fungsi bergerak apabila pedal minyak di tekan. Menunjukkan gear macam tak masuk. Enjin akan mengaum dan rpm akan melonjak naik seiring dengan tekanan pedal minyak tersebut.

Apa Perlu Anda Lakukan?

Berdasarkan pengalaman saya yang mengalami keadaan ini, di sini saya ingin berkongsi tentang bagaimana untuk menghadapi keadaan di saat-saat memerlukan : 

Bila keadaan CVT menyala bila kereta tidak bergerak - free kan gear, off kan enjin dan cuba start semula, angkat handbrake, tekan pedal brake (supaya kereta tidak bergerak) dan cuba masukkan gear pada D dan perhatikan signal pertukaran gear pada speedo meter di dashboard. Jika ada lambang D, maksudnya kereta dah ok, tetapi biarkan sekejap, jika masih di D, boleh teruskan perjalanan.

Senario Kebarangkalian lain - bila dah masuk D, tapi gear tu bertukar semula pada [-]. Ulang langkah di atas, kali ni biarkan enjin mati lama sikit.


Bila Keadaan CVT menyala apabila kereta sedang bergerak - ulang langkah di atas (offkan enjin dan start balik) tetapi perlu di ingatkan bahawa apabila kereta sedang berjalan kita terdedah pada bahaya, iaitu power steering akan kehilangan kuasa penuh, jadi anda perlu berhati-hati dan tumpukan perhatian pada arah panduan dahulu sebelum off dan start kereta balik. Sebaiknya berhenti di tepi jalan (kalau tengah-tengah jem tu takpe).

Senario Kebarangkalian lain - dah off on enjin tapi masih tak boleh jalan jugak (gear tak masuk ke D). Cuba banyak kali jangan putus asa.

Ada satu-satu ketika, keadaan CVT menyala telah terjadi sepanjang perjalanan lebih 20 kali pada satu-satu masa.

Repair Kereta Anda - Ye ke?

Di nasihatkan supaya kereta itu di hantar ke pusat servis proton untuk di analisa. Berdasarkan pengalaman saya, bila sampai bengkel, dia tak jadi pulak (lampu CVT tak menyala). Tetapi untuk mengelakkan kesukaran di masa hadapan, kena hadap jugak kat bengkel.
Dia akan pasang satu alat diagnos enjin kereta anda. Tapi biasanya kalau lampu CVT tu tak menyala, mekanik tu tak boleh detect (kesan) apa masalahnya.
Saya dah pergi dekat nak 10 kali ke bengkel tanpa ada sebarang solusi. Sehingga di nasihatkan bawa ke Glenmarie di mana tempat kereta-kereta bermasalah bergabung.
Cuma saya malas nak pegi di sebabkan jauh, sibuk bekerja, penat nak tunggu (mau sehari tu, takpun kena tinggalkan kereta - mau patah kaki!).


Repair Kereta Anda - Final

Selepas setahun lebih pakai, meter pun dah 85,000 km, masalah CVT menyala ni makin kerap. Sampai naik fed-up. Pegi ke bengkel, baru lah dapat detect - di mana "POSITION SWITCH" perlu di ganti.
Kesimpulannya bila position switch tu dah teruk rosak baru boleh detect. Bengkel bagitau yang spare part tu perlukan 3 hari untuk sampai. Buat sementara tu, kena hadap dulu keta tak boleh gerak tengah jalan tu.
Jangan tunggu bengkel tu call kalau barang sampai, di nasihatkan call je bengkel tu bila dah ngam-ngam 3 hari, senang cerita. 
Pertukaran spare part dan testing mengambil masa beberapa jam. Nasib baik office dekat, tinggal keta pagi, ambik petang. 
Bila dah tukar, dia bagi kita test beberapa hari dulu, kalau ok baru dia bukak jobsheet mengatakan keta dah ok.
Kesimpulan no dua pulak, tak payah nak pegi Glenmarie jauh-jauh, beratur, kena ambik cuti, sangap menunggu.
Nasib baik kereta masih dalam warranty, kalau tak memang mahal harga nak tukar tu...

Update May 2019

Boleh refer dekat satu FB posting dari Lewe Rezz dekat FB Proton CFE & CVT Technical discussion satu ketika dulu pasal cvt punya problem dan position switch adalah puncanya. Kos barang dalam RM660 belum upah pasang. Position switch ni adalah alat berkaitan dengan penukaran gear, mengikut posting beliau. Terima kasih kerana share informasi ni bro....;






Di harap dapat membantu pengguna-pengguna exora di luar sana.

82 comments:

  1. Terima kasih atas info. Kepala tgh pening ni bila buah durian tu timbul. Rasa tak shok pulak bila memandu. Bro boleh bg tahu berapa rm harga pembaikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya punya masih dalam warranty tuan masa tu.

      Delete
  2. Sypun tgh alami masalah yg sama ni...masa jln jem atau masa naik bukit dia akan jd...buat masa ni kena guna gear L baru x timbul signal gear tu

    ReplyDelete
  3. Slm
    Saya nak tahu kat mana position switch tu kat mana? Proton iriz sy ada masalah lambang cvt kuar san tak padam.hasilnya kreta tak masuk gear langsung. Dah lama kreta parking ni..mcm2 ubat dah buat tapi hampehh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, saya pun tak tau tuan sbb masa mekanik buat tu saya takde. Kena tanya mekanik bengkel tu gak

      Delete
    2. Kena open takung cvt kat bawah.

      Delete
  4. Bengkel yg awak pegi ni dekat mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pegi proton ckl pandan indah. Sebelah mid point shopping complex. Boleh je google

      Delete
  5. Trimas atas perkongsian. Pagi2 buta nak g kerja gelabah kejap sebab si bulat bergigi tiba2 timbul bila undur sebab nak keluar (undur) dari garaj memang berbukit setengah kaki tinggi. So maksudnya memang xde kena mengena dgn gear box ye? Alhamdulillah. Lega rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia bnyk sbb gak tu tuan kalau benda tu menyala salah satunya pasal position switch tu la. Ada gak terdengar² ada kaitan dgn sensor tayar depan, ada gearbox...

      Delete
    2. Tuan punyer problem sama..selalu jadi masa nak undur berbukit n ada load..selalu keluar durian tu..dah x mau jalan...dah p glenmerie tapi x dapat detect gak..pening huhuhu

      Delete
  6. Trimas atas perkongsian. Pagi2 buta nak g kerja gelabah kejap sebab si bulat bergigi tiba2 timbul bila undur sebab nak keluar (undur) dari garaj memang berbukit setengah kaki tinggi. So maksudnya memang xde kena mengena dgn gear box ye? Alhamdulillah. Lega rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada mekanik cakap, ada gak kaitannya, tapi kena check betul2 tuan

      Delete
  7. Lps buat allignment tkr chamber bolt trus signal nie on off..tp masa mula2 start je..dh tkr minyak cvt & buat diagnosis tp still menyala..pening2..

    ReplyDelete
  8. Saya baru terkena kes ni...Exora dah nak 5 tahun..baru lepas travel jauh. Machang-Jeli putrjaya Machang. Mujo sampai rumah.stat esok benda ni keluar...

    ReplyDelete
  9. Saya pemilik exora cfe 2013 – baru baru ni (baru tak baru la….tapi sebulan lebih dah) ada bunyi kat bahagian depan ala ala kat tayar…saya hantar SC, depa check dan kata gearbox exora saya rosak. Tapi setakat ni tak de mengganggu pemanduan saya. Tukaran gear seperti biasa, semua nya biasa…yg “luar biasa” cuma berbunyi bising bila exora tu bergerak. Mcm bunyi wheel bearing rosak. Dah saya tukar. Ada sesapa pernah kena gitu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. En punya kereta jerking2 x? Sy preve cfe. Rasanya masalah kita sama..

      Delete
    2. Cuba chek lampu ketiga... Klu terbakar lampu tu, ctv sensor akan nyala... Utk flx

      Delete
  10. SY PAKAI SAGA FLX,SIMBOL TU SENTIASA ADA..DLU TUKAR TIMING BELT,DA HILANG SIMBOL..SKRG MCM TIMBUL LAGI...

    ReplyDelete
  11. Saya bawak Preve 1.6 Exec,tengah lari 160 warning light gearbox keluar. Bila lepas minyak turun balik 130,140 lampu warning dah off balik. Sampai sekarang masih belum berulang lagi problem tu tapi saya belum try drive lebih 140 lagi buat masa ini. Nak kena hantar SC check balik. Kalau sesiapa ada problem sama boleh la share pengalaman.

    ReplyDelete
  12. sy pon tgh problem. saga 2014. makanik kata gear box. tp tak tahu la. boleh ke bawa jalan jauh tu. sy travel evry week

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang susah tu, kita ni tak pandai pasal kereta, bila mekanik cakap mcm tu, mcm tu la..saya rasa pegi beberapa bengkel dan minta pendapat diorang

      Delete
  13. Exora bold cvt saya kdgkala kerap ada sign itu...enjin susah nak start mesti kluar sign CVT ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena check tu encik, saya berulang alik bengkel pasal benda ni

      Delete
  14. Assalam...tq sharing...berjaya sy ikut step awak smpai boleh bergerak kereta sy..balik keja tersadai tepi jln sbb dh kluar sign mcm hbreak bergigi tu...bila baca step ni..mlm dpt jgk bw balik kereta...esok towing ke bengkel dr putrjya ke sri kmbangan

    ReplyDelete
  15. Baru booking exora exec plus mggu lpas.. baca komen2 otai ni rasa berderau gak ah..bila tanya sales proton sume yang baik2 je.. bile tanya owner exora mcm2 plak yg xbaik..redha je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. En zul, kereta baru ok je, tak peelu nk jaga sangat dalam 2-3 tahun tu. Bila dah lebih 3 tahun, kena siap²kan diri financially...huhu

      Delete
  16. ��memang sedih ngadap Exora ni... mcm2 hal dah kena... kos jgn ckp... stress

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kereta dah lama average 3 tahun ke atas dia akan start buat hal...huhu

      Delete
  17. Exora saya sekarang ni di SC. Bila enjin panas lampu CVT tu menyala. Hantar ke SC 8/12. Mula hantar SC bg tau minyak gear box terlebih. Bulan 6 baru servis minyak gera box. Dia orang kurangkan minyak gear box n setting semula. Ambil kereta selepas direpair, jalan tak sampai 1km lampu cvt menyala semula. Terus tinggal kereta di SC. 14/12 SC bg tau kena servis valve body gear box. Servis valve body gear box n SC call katanya minyak gear box kotor. Tukar minyak gear box. SC bg tau kalau lampu masih menyala juga kena overhaul gera box. Kos dlm 4500. Sekrang ni kereta masih di SC. Petang ni nak ambil. Tak tau lg mcm mana keadaannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertabahlah tuan...susah jugak tu sbb kita bukan pomen...huhu

      Delete
  18. Exora bold saya dah 7 tahun. Lampu CVT tu menyala sekejap2 lepas tu lama hilang. Tapi smlm dia menyala dan kereta langsung tersadai tak boleh start. Kena towing ke Proton. Rupanya gear box rosak. Kalau overhaul kos RM4K !!! pening2. Tapi kalau tukar sebijik baru RM7K tak termasuk upah dll. Puncanya mungkin sebab tak jaga minyak gear box. Sbb dalam 1 tahun kebelakang ni sy hanya servis di pomen luar, tak teringat nak cek benda tu semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh...tapi tu la kan, kadang² bila fikir balik, kalau pegi authorized service centre diorang dah ada apa nak kena check dan tukar, sistematik sikit. Kalau kat luar ada plak yg tertinggal

      Delete
  19. Saya guna exora bold 2015.....lampu simbol durian dan menyala....tapi in off....kejap menyala...kejap padam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan biar lama² bro, takut satu hari tersadai tngh jalan, adoi

      Delete
  20. Keta exora bold thn 2013. Baru nie pie naik Cameron.. jln Jem Masa naik bukit. Tetiba rasa mcm gear free. Cuba tukar ke L, simbol gear kuar.pastu letak gear p dn off engine.. start engine balik simbol hilang.. smp skrg dh Tak timbul simbol..korang parking kt lereng bukit mcm Mana? Aku tekan pedal break pas tu letak Kat p pas tu tarik handbreak pas tu baru lepas pedal break

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau keluar simbol durian tu tak kerap, ok lagi tu. Kalau dah kerap sangat, tu yang masalah

      Delete
  21. Exora bold sy tahun 2013. Sy baru 2 bulan pakai, beli 2nd .2 hari lepas keluar benda alaf ni.semlm pi bengkel. Pomen kata ada kaitan dgn gearbox tp dia suruh tkr minyak gear dulu. Mintk2 hilang simbol durian tu. Tp exora masih boleh jln mcm biasa walaupun sibol tu keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time saya dulu, pomen tukar macam2 benda, sensor brake la, buat alignment la, entah apa lagi tah dia buat, sebab kereta saya under warranty lagi masa tu.

      Delete
  22. Salam semua.sejuk panas sejuk panas baca komen2 berkaitan exora bold nie.
    Saya baru summit loan bolt model 2015..
    Adalah patut saya batalkan semula.mohon nasihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. exora ni bagus sebenarnya macam kereta² lain jugak. Merata dah pegi. Rosak tu biasa lah cuma kadang² nasib kita tak berapa baik

      Delete
  23. Assalamualaikum, cvt Kereta saya pun pernah tukar position switch ni. Dalam 3 tahun menyala semula, dah lah warranty habis. Last last check kat sc lampu brake ketiga mentol terbakar pun signal pada cvt indicator tu. Hehehehe. Betulka cvt exora cfe belt dalam tu ade kes putus dan kalau dah lebih 3 tahun, belt kendur dan sc suh tukar transmission baru rm 12k.

    ReplyDelete
  24. Baru pegi proton pomen ckp suruh tukar damper cvt betul ke otai

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya utk diagnose satu2 problem tu membabitkan beberapa solution - mula2 try solution 1, tak ok gak, solution ke 2, dan seterusnya...yang rabak kita jugak

      Delete
  25. Salam..banyak tips lepas baca komen2 semua.kereta saya baru jadi tadi keluar gambar durian merah.letak gear R terus x gerak2.masuk D boleh pulak.matikan enjin & start balik alhamdulillah boleh jalan spt biasa.exora bold turbo millage dah 150 ribu km..sekarang mmg masa standby duit tok repair 😃😃😃.

    ReplyDelete
    Replies
    1. di nasihatkan tukar apa yg patut tuan, takut jadi masa kita ada urusan penting, naya

      Delete
  26. Saya now tgh experience problem yg sama dgn my Exora Bold CFE 2012 full spec. Tengah syok crusing elok atas jalan, tup2 tekan pedal jadi kosong. Warning CVT durian appear. Meter rpm menten 2000 but jarum speed km/h makin lama makin turun sampai ke kosong. At last tersadai tepi jalan. Dia jadi suka ati aje withouh hint.

    Thanks for sharing dan mudahkan saya tuk kasi hint pada pomen. Pomen kata ECU problem, cakap kata dah rosak short wire bagai. Mintak RM1800 tuk ECU board second hand. Hadoiiii melampauu..

    Ni nak try cuba tukar position switch kot boleh selesai masalah. Anggaran brapa RM yer En Ijam position switch tu, nak benchmark harga takut kena semelih ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Position switch tu saya punya masa tu under warranty, tak tau la plak berapa cost sebenar dia..huhu. Ada jugak yg cakap ECU, TCU pun ada, kena tukar. Pomen member saya kata masalah TCU, cari kat mudah.my dapat 2nd hand dalam RM800 rasanya, dah ok kereta dia.
      Tapi susah nak cakap gak la tuan, kadang2 benda lain yg jadi punca lampu cvt ni menyala.

      Delete
    2. Tcu dah ok..tempreture pula naik...lepas tu gearbox pulak bermasalah...end up...repair je la seketul gearbix sekali dengan demper...lebih kurang rm4500.00

      Delete
    3. Saya dah update dlm blog tu, rm660 tak termasuk upah. Terima kasih yg berkongsi info, semoga bermanfaat

      Delete
  27. Saya pakai exora turbo dah 5 tahun (beli 2014). Mileage dlm 70k. Baru semalam lampu cvt menyala kat dashboard. Kereta jd tersengguk2 . Esok nak g sc. Ada tips utk jumpa esok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tips dia berdoa je la tuan supaya ok lepas repair. Kalau dah abis warranty ni, semua bengkel suruh tukar parts dia, kalau boleh satu enjin dia suruh ganti. Memang la ok lepas tu dah semua benda di tukarnya, kita yg tak tau apa2 ni, mengadap nak membayarnya. Nasihat saya, pegi lebih dari satu kedai utk dptkan pendapat dan pegi dekat pomen yg mahir (ni yg susah ni), kalau kat bengkel2 besar ni, diorang ada surcharge, sst, cukai apa tah lagi - mahal la pulak

      Delete
  28. Terima kasih encik atas perkongsian. Tengah malam semlm saya sendiri sorang2 memandu dan mengalaminya setelah 6 tahun menggunakan Exora Bold ni. Call mekanik..semua dah tak ingat..tngh mlm. Google terjumpa perkongsian encik. Alhamdulillah...terima kasih byk2..

    ReplyDelete
  29. As salam. Terima kasih di atas perkongsian masalah cvt pd EB nie... Beberapa bulan nie EB sy memaparkan tanda cvt tuu... Kesannya tekan minyak kete x jalan. Solution pertama satu guna... Tekan butang SAT pd gear. Selepas tu ok lama x keluar.... Dlm seminggu dua nie ia keluar balik tanda cvt tuu... Biasa ia keluar apabila kita perlahankan kete sama ada jem atau kat trafik light atau roundabout menyebabkan yekn myk kete x jalan. Solution ke 2 mmg kena offkan dulu kete kemudian start semula... Baru boleh jalan.... Semalam 30/4/2091... Kemuncak dimana 5 kali EB saya x boleh jalan bila tekan minyak disebbkan tanda cvt tu keluar... Dari tadika anak di seksyen 8 shah alam sehingga sampai rumah di Bandar Putera Klang. Tanda cvt keluar semasa dlm perjalanan di Pasar Seksyen 6, bulatan McD Seksyen 3, depan Dataran Shah Alam, selepas tol Alam Impian di pintu gerbang dan akhir sekali sebelum sampai kuil selepas bulatan terakhir di Alam impian.... Buat selamba jer muka berhenti tengah tengah jalan... Dr Dataran Shah Alam sy dah pasang double singnal supaya org laian alert sy ada masalah... 1 Mei cuti hari pekerja... Takut nak menempuh hari berikutnya utk ke pejabat dan anta anak kesekolah.... Ya Allah... Kau permudahkanlah urusan hamba Mu ini.... Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan perkongsian. Saya pun jenuh dulu jadi mcm ni...huhu

      Delete
  30. Ada typo tarikh dlm komwn sy... Maaf ya

    ReplyDelete
  31. lampu cvt eb menyala dan sy telah bawa ke sc...sc kata abs pump rosak...nk tanya dan minta pendapat...adakah lampu cvt menyala ada kaitan dengan abs pump?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, saya pun tak berapa pasti la boss..huhu

      Delete
  32. Kat mana workshop yang recommend utk hantar klu kes cvt gearbox ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlalu general sangat soalan ni cik.
      Saya suggest hantar dekat pusat service proton berhampiran anda

      Delete
  33. Ni saya punya exora bold cfe,pasal lampu cvt nyala...saya buat on off enjin....ok je jap...tekan minyak jln aje...tiba2 nyala...lampu tu(cvt)...apa masalahnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena sabar tuan, hantar je ke pusat service proton

      Delete
  34. Boleh bagi tahu cara....bagaimana nak atasi sekiranya berlaku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa saya dah terangkan langkah² mengatasi di atas tu.

      Delete
  35. Salam semua, saya awg dr kuching Sarawak. Memiliki proton iriz 1.6 auto. saya beli pada first model keluar tahun 2015.masa mula koyak plastik sampai tahun ketiga 2017, saya terkena masalah mcm korang,. timbul durian di meter board ,ketika mula guna saya dah kaji semua panel panel meter, perasaan tak ada satu buton dihujung suiz wiper sebelah kanan , tekan suiz itu hingga jumpa pengunaan cas eletrik, mcm anak tangga.bila korang naikan bar itu boleh sampai 5bar dan lampu dan arus cas bateri keluar banyak, pembaziran arus bateri berlaku.standard proton adjust hanya pada bar ketiga sahaja.jimat arus keluar dan seimbang dengan arus masuk dari altenator. maknanya pembahagian arus cas bateri dengan konpenan yang guna cas sama level dgn arus dr alternator masuk ke batteri. faham tak setakat ini? maksud saya cas bat anda maksima untuk gerak kan switch dalam gear box yang korang canang canangkan kat blog ini. pendekkan cerita lah. alternator standard kilang proton hanya boleh digunakan 5 tahun sahaja. saya terkena durian gear ini tahun ketiga, saya terus tukar batteri baru, dlm masa yang sama saya terus kurang kan lagi bar penggunaan cas bat ke bar kedua.(Belum tukar alaternator lagi) saya masih beranggapan alternator boleh guna lagi, sebab disini saya masih stabil kan pgunanaan cas bar ke2. masa korang tukar bateri baru, jgn lagi guna bar ke 3 atau tertinggi, spt standrd asal, kerana keupayaan alternator sudah kurang 40% . semasa mulakan perjalanan pagi hari perlu running enjin 5 minit tanpa membuka lampu airkon,radio dan lain 2. tujuannya untuk menghasikan cas bat benar2 dah cukup.saya buat begitu tiada lagi masalah durian gear. tahun 2020 awal tahun ini saya tukar alternator baru berserta batteri baru n 60, dan saya setting pada asal kilang proton iaitu naikkan bar hingga ke3. syukur tiada apa apa masalah... ringkasan nya. alternator adalah nadi utama untuk kuasa dvvt tranmisi auto..Bye bye

    ReplyDelete
  36. Saya punya exora bold,kalau P,N,R lampu yang macam gear menyala,tapi kalau posisi D lampu yang macam gear takmenyala,kira2 ape puncenya

    ReplyDelete
  37. Terima kasih admin...
    Info jelas..

    ReplyDelete
  38. Terima kasih admin...
    Info jelas..

    ReplyDelete
  39. Salam kdp admin Dan semua...sy sdg mengalami masalah yg sama 100% sama...kereta stuck tgh jln...nasib sempat berhenti tepi jln..tgh tunggu pomen...sempat laa membaca post ni...rasanya byk membantu...sy ingat masalah gear box...rupanya asalah lain..usia kereta br 3thn...thanks info yg jelas

    ReplyDelete
  40. thank you boss untuk info , sy baiki kereta banjir dapat masalah ini

    ReplyDelete
  41. Lambang cvt kereta saya timbul tenggelam,lepas ganti/rebuild g/box.bawa jln semua ok tak ada masalah .cuma logo cvt tu buat hati risau...apa masalah ye ...

    ReplyDelete
  42. Cubala selalu amalkan buat clucth adaptation.2 mgu skali ker atau ikut lah.cara dia blh tgklah dlm google.n cvt proton ni sebaiknyer kita pki lah dgn cara cvt protonnye cara.jgn kasar2 sgt..blh lenjan tapi berpada2..insyallah elok jer tahan dh 8 thn pki.myk kene rajin tukar lah.

    ReplyDelete
  43. N jika anda sume dpt faham cara dia.sedap jugelah n blh la tKat nk geli2 main tork tu kan.kene study ckitlah.padanlah dgn rege dia kan..nk bandingkan jenama lain mn dpt rege cam exora.yg nk kecam tu biarlah..setakat tkdela plk kurang org beli wlupun dh lana.iukut baju badan semdir sudah

    ReplyDelete
  44. Kes sy lak,preve turbo..time tengah jalan,tiba2 panel meter blinking and wiper sume bergerak..radio mati and hidup balik..macam short and lampu cvt kua..enjin hidup tapi kereta xgerak..cuma rpm je naik bile kite tekan minyak..sy off enjin and start balik dia hilang..tp akn jd lg lpastu..penat da asek off on engine..😅

    ReplyDelete