Saturday, October 22, 2016

EXORA - LAMPU CVT MENYALA




Continuously Variable Transmission atau CVT adalah sejenis sistem gear tansmisi automatik dalam industri automotif. Proton Exora Bold menggunakan sistem CVT.
Kalau dulu kereta-kereta automatik kat Malaysia ni bila jalan dia ada 'jerk' sikit menandakan pertukaran gear secara automatik dari satu step ke step yang lain.
CVT gear automatik di exora ni dia senyap, jerk tu tak rasa pun dan telah banyak jenis-jenis transmisi automatik yang lebih moden seiring dengan teknologi canggih di gunakan pada kereta-kereta lain.

Keadaan Exora Penulis - CVT Menyala

Lampu CVT pada exora bold saya kejap menyala, kejap tak. Kadang-kadang seminggu sekali dua, kadang-kadang sebulan sekali. Bila off on kan enjin dia ok je.
Pegi bengkel dia cakap tak dapat detect apa punca. Tak salahkan bengkel jugak, symptom takde, solution pun susah nak buat, takut tukar barang still under warranty, kalau salah barang, buat penat diorang je.

Keadaan Bila CVT Menyala

Bila lampu CVT ni menyala (rujuk gambar di atas - lampu bulat, ada gigi-gigi tu), gear berada dalam keadaan neutral (free) secara involuntary (secara paksa), ini di tunjukkan pada bahagian position gear di speedo meter - gambar [-].
Bila keadaan ini berlaku tidak kira enjin sedang hidup, kereta sedang bergerak di jalanraya atau tidak, ia akan menyebabkan kereta kehilangan fungsi bergerak apabila pedal minyak di tekan. Menunjukkan gear macam tak masuk. Enjin akan mengaum dan rpm akan melonjak naik seiring dengan tekanan pedal minyak tersebut.

Apa Perlu Anda Lakukan?

Berdasarkan pengalaman saya yang mengalami keadaan ini, di sini saya ingin berkongsi tentang bagaimana untuk menghadapi keadaan di saat-saat memerlukan : 

Bila keadaan CVT menyala bila kereta tidak bergerak - free kan gear, off kan enjin dan cuba start semula, angkat handbrake, tekan pedal brake (supaya kereta tidak bergerak) dan cuba masukkan gear pada D dan perhatikan signal pertukaran gear pada speedo meter di dashboard. Jika ada lambang D, maksudnya kereta dah ok, tetapi biarkan sekejap, jika masih di D, boleh teruskan perjalanan.

Senario Kebarangkalian lain - bila dah masuk D, tapi gear tu bertukar semula pada [-]. Ulang langkah di atas, kali ni biarkan enjin mati lama sikit.


Bila Keadaan CVT menyala apabila kereta sedang bergerak - ulang langkah di atas (offkan enjin dan start balik) tetapi perlu di ingatkan bahawa apabila kereta sedang berjalan kita terdedah pada bahaya, iaitu power steering akan kehilangan kuasa penuh, jadi anda perlu berhati-hati dan tumpukan perhatian pada arah panduan dahulu sebelum off dan start kereta balik. Sebaiknya berhenti di tepi jalan (kalau tengah-tengah jem tu takpe).

Senario Kebarangkalian lain - dah off on enjin tapi masih tak boleh jalan jugak (gear tak masuk ke D). Cuba banyak kali jangan putus asa.

Ada satu-satu ketika, keadaan CVT menyala telah terjadi sepanjang perjalanan lebih 20 kali pada satu-satu masa.

Repair Kereta Anda - Ye ke?

Di nasihatkan supaya kereta itu di hantar ke pusat servis proton untuk di analisa. Berdasarkan pengalaman saya, bila sampai bengkel, dia tak jadi pulak (lampu CVT tak menyala). Tetapi untuk mengelakkan kesukaran di masa hadapan, kena hadap jugak kat bengkel.
Dia akan pasang satu alat diagnos enjin kereta anda. Tapi biasanya kalau lampu CVT tu tak menyala, mekanik tu tak boleh detect (kesan) apa masalahnya.
Saya dah pergi dekat nak 10 kali ke bengkel tanpa ada sebarang solusi. Sehingga di nasihatkan bawa ke Glenmarie di mana tempat kereta-kereta bermasalah bergabung.
Cuma saya malas nak pegi di sebabkan jauh, sibuk bekerja, penat nak tunggu (mau sehari tu, takpun kena tinggalkan kereta - mau patah kaki!).


Repair Kereta Anda - Final

Selepas setahun lebih pakai, meter pun dah 85,000 km, masalah CVT menyala ni makin kerap. Sampai naik fed-up. Pegi ke bengkel, baru lah dapat detect - di mana "POSITION SWITCH" perlu di ganti.
Kesimpulannya bila position switch tu dah teruk rosak baru boleh detect. Bengkel bagitau yang spare part tu perlukan 3 hari untuk sampai. Buat sementara tu, kena hadap dulu keta tak boleh gerak tengah jalan tu.
Jangan tunggu bengkel tu call kalau barang sampai, di nasihatkan call je bengkel tu bila dah ngam-ngam 3 hari, senang cerita. 
Pertukaran spare part dan testing mengambil masa beberapa jam. Nasib baik office dekat, tinggal keta pagi, ambik petang. 
Bila dah tukar, dia bagi kita test beberapa hari dulu, kalau ok baru dia bukak jobsheet mengatakan keta dah ok.
Kesimpulan no dua pulak, tak payah nak pegi Glenmarie jauh-jauh, beratur, kena ambik cuti, sangap menunggu.
Nasib baik kereta masih dalam warranty, kalau tak memang mahal harga nak tukar tu...

Di harap dapat membantu pengguna-pengguna exora di luar sana.

18 comments:

  1. Terima kasih atas info. Kepala tgh pening ni bila buah durian tu timbul. Rasa tak shok pulak bila memandu. Bro boleh bg tahu berapa rm harga pembaikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya punya masih dalam warranty tuan masa tu.

      Delete
  2. Sypun tgh alami masalah yg sama ni...masa jln jem atau masa naik bukit dia akan jd...buat masa ni kena guna gear L baru x timbul signal gear tu

    ReplyDelete
  3. Slm
    Saya nak tahu kat mana position switch tu kat mana? Proton iriz sy ada masalah lambang cvt kuar san tak padam.hasilnya kreta tak masuk gear langsung. Dah lama kreta parking ni..mcm2 ubat dah buat tapi hampehh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, saya pun tak tau tuan sbb masa mekanik buat tu saya takde. Kena tanya mekanik bengkel tu gak

      Delete
  4. Bengkel yg awak pegi ni dekat mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pegi proton ckl pandan indah. Sebelah mid point shopping complex. Boleh je google

      Delete
  5. Trimas atas perkongsian. Pagi2 buta nak g kerja gelabah kejap sebab si bulat bergigi tiba2 timbul bila undur sebab nak keluar (undur) dari garaj memang berbukit setengah kaki tinggi. So maksudnya memang xde kena mengena dgn gear box ye? Alhamdulillah. Lega rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia bnyk sbb gak tu tuan kalau benda tu menyala salah satunya pasal position switch tu la. Ada gak terdengar² ada kaitan dgn sensor tayar depan, ada gearbox...

      Delete
    2. Tuan punyer problem sama..selalu jadi masa nak undur berbukit n ada load..selalu keluar durian tu..dah x mau jalan...dah p glenmerie tapi x dapat detect gak..pening huhuhu

      Delete
  6. Trimas atas perkongsian. Pagi2 buta nak g kerja gelabah kejap sebab si bulat bergigi tiba2 timbul bila undur sebab nak keluar (undur) dari garaj memang berbukit setengah kaki tinggi. So maksudnya memang xde kena mengena dgn gear box ye? Alhamdulillah. Lega rasanya.

    ReplyDelete
  7. Lps buat allignment tkr chamber bolt trus signal nie on off..tp masa mula2 start je..dh tkr minyak cvt & buat diagnosis tp still menyala..pening2..

    ReplyDelete
  8. Saya baru terkena kes ni...Exora dah nak 5 tahun..baru lepas travel jauh. Machang-Jeli putrjaya Machang. Mujo sampai rumah.stat esok benda ni keluar...

    ReplyDelete
  9. Saya pemilik exora cfe 2013 – baru baru ni (baru tak baru la….tapi sebulan lebih dah) ada bunyi kat bahagian depan ala ala kat tayar…saya hantar SC, depa check dan kata gearbox exora saya rosak. Tapi setakat ni tak de mengganggu pemanduan saya. Tukaran gear seperti biasa, semua nya biasa…yg “luar biasa” cuma berbunyi bising bila exora tu bergerak. Mcm bunyi wheel bearing rosak. Dah saya tukar. Ada sesapa pernah kena gitu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. En punya kereta jerking2 x? Sy preve cfe. Rasanya masalah kita sama..

      Delete
  10. SY PAKAI SAGA FLX,SIMBOL TU SENTIASA ADA..DLU TUKAR TIMING BELT,DA HILANG SIMBOL..SKRG MCM TIMBUL LAGI...

    ReplyDelete
  11. Saya bawak Preve 1.6 Exec,tengah lari 160 warning light gearbox keluar. Bila lepas minyak turun balik 130,140 lampu warning dah off balik. Sampai sekarang masih belum berulang lagi problem tu tapi saya belum try drive lebih 140 lagi buat masa ini. Nak kena hantar SC check balik. Kalau sesiapa ada problem sama boleh la share pengalaman.

    ReplyDelete