Saturday, October 22, 2016

EXORA - LAMPU CVT MENYALA




Continuously Variable Transmission atau CVT adalah sejenis sistem gear tansmisi automatik dalam industri automotif. Proton Exora Bold menggunakan sistem CVT.
Kalau dulu kereta-kereta automatik kat Malaysia ni bila jalan dia ada 'jerk' sikit menandakan pertukaran gear secara automatik dari satu step ke step yang lain.
CVT gear automatik di exora ni dia senyap, jerk tu tak rasa pun dan telah banyak jenis-jenis transmisi automatik yang lebih moden seiring dengan teknologi canggih di gunakan pada kereta-kereta lain.

Keadaan Exora Penulis - CVT Menyala

Lampu CVT pada exora bold saya kejap menyala, kejap tak. Kadang-kadang seminggu sekali dua, kadang-kadang sebulan sekali. Bila off on kan enjin dia ok je.
Pegi bengkel dia cakap tak dapat detect apa punca. Tak salahkan bengkel jugak, symptom takde, solution pun susah nak buat, takut tukar barang still under warranty, kalau salah barang, buat penat diorang je.

Keadaan Bila CVT Menyala

Bila lampu CVT ni menyala (rujuk gambar di atas - lampu bulat, ada gigi-gigi tu), gear berada dalam keadaan neutral (free) secara involuntary (secara paksa), ini di tunjukkan pada bahagian position gear di speedo meter - gambar [-].
Bila keadaan ini berlaku tidak kira enjin sedang hidup, kereta sedang bergerak di jalanraya atau tidak, ia akan menyebabkan kereta kehilangan fungsi bergerak apabila pedal minyak di tekan. Menunjukkan gear macam tak masuk. Enjin akan mengaum dan rpm akan melonjak naik seiring dengan tekanan pedal minyak tersebut.

Apa Perlu Anda Lakukan?

Berdasarkan pengalaman saya yang mengalami keadaan ini, di sini saya ingin berkongsi tentang bagaimana untuk menghadapi keadaan di saat-saat memerlukan : 

Bila keadaan CVT menyala bila kereta tidak bergerak - free kan gear, off kan enjin dan cuba start semula, angkat handbrake, tekan pedal brake (supaya kereta tidak bergerak) dan cuba masukkan gear pada D dan perhatikan signal pertukaran gear pada speedo meter di dashboard. Jika ada lambang D, maksudnya kereta dah ok, tetapi biarkan sekejap, jika masih di D, boleh teruskan perjalanan.

Senario Kebarangkalian lain - bila dah masuk D, tapi gear tu bertukar semula pada [-]. Ulang langkah di atas, kali ni biarkan enjin mati lama sikit.


Bila Keadaan CVT menyala apabila kereta sedang bergerak - ulang langkah di atas (offkan enjin dan start balik) tetapi perlu di ingatkan bahawa apabila kereta sedang berjalan kita terdedah pada bahaya, iaitu power steering akan kehilangan kuasa penuh, jadi anda perlu berhati-hati dan tumpukan perhatian pada arah panduan dahulu sebelum off dan start kereta balik. Sebaiknya berhenti di tepi jalan (kalau tengah-tengah jem tu takpe).

Senario Kebarangkalian lain - dah off on enjin tapi masih tak boleh jalan jugak (gear tak masuk ke D). Cuba banyak kali jangan putus asa.

Ada satu-satu ketika, keadaan CVT menyala telah terjadi sepanjang perjalanan lebih 20 kali pada satu-satu masa.

Repair Kereta Anda - Ye ke?

Di nasihatkan supaya kereta itu di hantar ke pusat servis proton untuk di analisa. Berdasarkan pengalaman saya, bila sampai bengkel, dia tak jadi pulak (lampu CVT tak menyala). Tetapi untuk mengelakkan kesukaran di masa hadapan, kena hadap jugak kat bengkel.
Dia akan pasang satu alat diagnos enjin kereta anda. Tapi biasanya kalau lampu CVT tu tak menyala, mekanik tu tak boleh detect (kesan) apa masalahnya.
Saya dah pergi dekat nak 10 kali ke bengkel tanpa ada sebarang solusi. Sehingga di nasihatkan bawa ke Glenmarie di mana tempat kereta-kereta bermasalah bergabung.
Cuma saya malas nak pegi di sebabkan jauh, sibuk bekerja, penat nak tunggu (mau sehari tu, takpun kena tinggalkan kereta - mau patah kaki!).


Repair Kereta Anda - Final

Selepas setahun lebih pakai, meter pun dah 85,000 km, masalah CVT menyala ni makin kerap. Sampai naik fed-up. Pegi ke bengkel, baru lah dapat detect - di mana "POSITION SWITCH" perlu di ganti.
Kesimpulannya bila position switch tu dah teruk rosak baru boleh detect. Bengkel bagitau yang spare part tu perlukan 3 hari untuk sampai. Buat sementara tu, kena hadap dulu keta tak boleh gerak tengah jalan tu.
Jangan tunggu bengkel tu call kalau barang sampai, di nasihatkan call je bengkel tu bila dah ngam-ngam 3 hari, senang cerita. 
Pertukaran spare part dan testing mengambil masa beberapa jam. Nasib baik office dekat, tinggal keta pagi, ambik petang. 
Bila dah tukar, dia bagi kita test beberapa hari dulu, kalau ok baru dia bukak jobsheet mengatakan keta dah ok.
Kesimpulan no dua pulak, tak payah nak pegi Glenmarie jauh-jauh, beratur, kena ambik cuti, sangap menunggu.
Nasib baik kereta masih dalam warranty, kalau tak memang mahal harga nak tukar tu...

Update May 2019

Boleh refer dekat satu FB posting dari Lewe Rezz dekat FB Proton CFE & CVT Technical discussion satu ketika dulu pasal cvt punya problem dan position switch adalah puncanya. Kos barang dalam RM660 belum upah pasang. Position switch ni adalah alat berkaitan dengan penukaran gear, mengikut posting beliau. Terima kasih kerana share informasi ni bro....;






Di harap dapat membantu pengguna-pengguna exora di luar sana.