Friday, February 12, 2016

Trans Titiwangsa Hike - 3 mountains in 33 Hours





Arman and the gang jemput naik V1 – Korbu 7162ft, Gayong 7129 ft dan Yong Belar 7155 ft. Selepas Gunung Tahan hari tu, masuk ni dah 4 gunung G7 aku dah naik. RM200 lebih bayaran untuk guide, permit mendaki, permit empangan ulu kinta, insurance bagai.

Naik dari Empangan Ulu Kinta, Ipoh dan turun di Blue Valley, Cameron Highland the next day.
Reading dari blog-blog tempatan (tak banyak) sebagai panduan untuk apa yang kita akan hadapi masa kat gunung tu nanti. Actually, 2 blog je aku baca, satu Vespa dan satu lagi blog arman (kuchalana). Jadi, blog ni akan aku curahkan semua tips supaya berguna untuk para hikers yang lain.

Muntah masa naik 4WD, nearly hypothermia masa kat kem H20, tidur dalam hujan, track lunyai, jumpa member atas gunung, dapat makan free atas gunung, pesta atas gunung, life and death decision to continue or not at some point - antara pengalaman yang aku nak kongsi.

Jom kita bahagikan cerita ni dengan 3 segment iaitu sebelum, semasa dan selepas mendaki.



Meet up at Sungai Buloh



Dah Sampai Ulu Kinta - Makan Dulu


SEBELUM

Training Plan

Ni first time aku nak hike 3 gunung, so, preparation kena ada. Training la apa lagi, naik bukit saga dgn apek, sekali pegi naik dua2 sekali, baru sengal kaki tu.
Gunung G7 ni kalau kat puncak memang sejuk walaupun tengahari, track mencanak, lumpur, banyak akar kayu, batu licin, kena guna tali, panjat tangga, pokok duri-duri, kepala terhantuk kat dahan pokok - dah tahu benda-benda macam ni, so, prepare je lah.


Itinerary & Logistics Plan

6hb - bertolak dari rumah arman, bermalam di masjid ulu kinta dan jumpa En Am, guide dari Sos Militant (satu group hikers/guide).

7hb (sabtu) pukul 6.30am lepas subuh naik 4WD dari masjid, terus ke empangan ulu kinta.

8hb petang - expected complete the whole journey dalam masa 28 hours (pukul 12.00pm)
Petang tu jugak, boleh balik rumah ke pangkuan keluarga masing-masing.


Guide and Team Member Plan

To ensure the completion of this hike, guide dengan team member kena pilih la sikit. Open kat member-member yang rasa mampu untuk habiskan - tak terlalu laju dan tak terlalu perlahan.
Teringat cerita kat gunung semangkuk bulan December 2015 lepas, ada satu group buat hiking trip daypack, tapi sorang member perempuan sangkut dan pewai. Kesian.
So, balik ke cerita asal, kita kena tahu kemampuan setiap ahli kumpulan kita. Kalau laju, tunggulah orang belakang, kalau slow sangat, tak perlu la ikut awal-awal supaya tak menyusahkan group korang nanti.
  


Gear Plan

Apa yang korang expect kat atas tu, kena lah sediakan awal-awal. Contoh, Sejuk - bawak windbreaker /waterproof rain jacket. Aku beli kat Karat Adventure brand Kopling - RM250, memang best. Tapi masih sejuk lagi..huhu.

Expect korang nak kena tidur malam - so, nak bawak sleeping bag, besar la pulak - beli sleeping bag liner (RM50) kat Karat Adventure.

Boleh juga consider fly sheet dengan ground sheet for single person - ni untuk next adventure tapi trip kali ni dia beri pengajaran supaya sediakan tempat tidur untuk elak hujan.

Emergency Blanket, water filter, plaster, krim panas, panadol, lighter, swiss army knife (beli kat Mr DIY je), wisel, blinker light, Head light memang kena ada

Kasut - aku memang tak suka sangat nak pakai kasut berat-berat ni mcm kasut hiking, aku suka kasut trail (boleh guna trail run dengan hiking sekali). Aku pilih Brooks Cascadia 10 (tu je yang aku suka).

Bagpack - aku ni tak suka sangat bermalam lebih 2 hari kat hutan, kalau boleh, semua nak compress dan daypack. So, barang-barang semua kena ultra light (ringan nak mampus). So, aku guna Deuter Speed lite 20 litre, ringan, boleh isi banyak barang. Kesian aku tengok hikers lain yang tidur bermalam-malam kena bawak ration (makanan & minuman), baju, dan barang keperluan lain. Berat ooo...
So, bila dah berat, nak langkah naik pun susah, tu yang pewai tu (ikut kemampuan masing-masing).
Bag jugak tak boleh la kecik sangat, tak muat pulak barang penting.

Baju dan seluar - dri fit la senang, basah cepat kering tapi bau tak hengat la

Head Light - ni pasal lumens (pencahayaan) sesuatu lampu, lagi tinggi lumens, lagi terang gitu dan lagi banyak makan bateri. so, beli yang boleh terang nak mampus dan boleh adjust brightness dia supaya jimat bateri. Aku punya brand fenix (lampu cahaya kuning).

Ration Plan

Makanan ni subjective sikit, ramai aku dengar bila esok nak race, makan macam-macam, esoknya muntah atau cirit birit. Kesian.
Makan benda yang senang digest dan sesuai ikut perut masing-masing. Aku makan roti je, kurma dan raisins. So, kena plan. Biasanya masa training tu, biasakan makan benda-benda ni, supaya dia serasi dengan body.

Technical Plan

Buat research sikit pasal Gunung tu, berapa tinggi dia, tough naik dia mcm mana, muntah hijau ke..gitu. Start dari elevation berapa, kalau dari kosong meter, memang azab la. Korbu ni start dari 250 meter nak sampai ke 2183 meter, so azab maut..huhu.Tapi turun kat cameron tu,dalam 1,500 meter rasanya, so, azab kurang sikit.

Biasanya kita akan stop dekat kem.  Kem kasut ada, kijang la, seroja la, last water point la, so, plan apa nak makan bila kat setiap check point ni. So, bila kita dah tahu apa kita nak makan, minum, kita boleh agak apa dan berapa banyak nak kena bawak.

Head Light pun kena plan gak, berapa lama dia boleh tahan. Aku budget 5 jam abis, 5 jam tu pukul berapa, dan masa tu korang kat mana, kena tau ni, supaya korang tak kantoi kat tengah-tengah panjat tu, lampu padam, so, beli bateri lebih untuk boleh guna 2 kali ganda.

Communication Plan

Inform la orang rumah ke, member ke cakap nak masuk hutan bila masuk dan bila keluar.
Dalam hutan ada tempat ada signal phone, ada tempat takde.

 SEMASA

Sebelum Panjat

Dari masjid kat ulu kinta tu naik 4WD ke empangan ulu kinta. Aku naik pandang ke belakang. Sampai tempat nak start naik tu dalam 10km katanya, turun je aku terus muntah. Motion sickness le katakan. Makan panadol, mintak kat abang jawa. lupa plak aku bawak panadol..huhu. Terima Kasih Abang Jawa.

Start dengan final briefing oleh Am (sos militant guide) - macam mana style hike, macam mana nak kekal dalam satu kumpulan, macam mana nak tau berapa jauh team member kita depan atau belakang.Jerit je, dan depan atau belakang kena sahut. kalau sahut, diorang dekat, kalau tak sahut, jauh tu, so, orang depan kena tunggu orang belakang.The best tips jalan dalam hutan adalah
bertiga katanya. Kalau sorang injured, sorang boleh teman, dan sorang lagi mintak bantuan.



Am akan jadi Leader depan, Arman akan jadi sweeper dan yang lain-lain kat tengah-tengah.

Elak Pacat

Letak le Yoko-yoko atau krim panas kat kaki (flanil, deep heating rub), stokin dgn kasut, gerenti pacat tak naik. On the way naik Korbu banyak pacat, so, selamat berjuang.






Trail/Track Evaluation

Stage 1 - Trail Head ke Water Fall

Start 7.48am from trail head (tempat start mendaki)
Jarak - 3.71km
time - 1 jam 42 minit
Jam - pukul 9.28am
Trail condition : Dry
Trail difficulty : moderate, Start dia rata dan pukul bukit
Water fall dia cantik, ambik gambar tengah senyum kat sini, lepas ni takde dah.

Masa ni banyak pacat hinggap kat kaki. So, be alert.





Stage 2 to Kem Seroja

Jarak from start - 5.27km
Time - 2 jam 33 minit
Jam - pukul 10.19am
Trail condition : dry trail
Trail difficulty : moderate hard
Jarak from Water Fall – 1.56km
Time from water fall to seroja : 1 jam 9 min

Masih banyak pacat masa jalan. Tak face any difficulties.




Stage 3 to Kem Kijang

Jarak from start - 7.54km
Time - 3 jam 45 minit
Jam - 11.31am
Trail Condition : wet
Trail difficulty : hard
Jarak from Seroja to Kem Kijang : 2.27km
Time taken  from Seroja to Kem Kijang : 1 jam 12 min


Stage 4 to Last Water Point

Jarak from Start - 8.97km
Time - 4 jam 56 minit
Jam - 12.42pm
Trail condition : wet
Trail difficulty : hard
Jarak from Kem Kijang to Last Water Point : 1.43km
Time taken from Kem Kijang to Last Water Point : 1 jam 11 min



Kat sini ramai hikers tengah rehat. Wak jawa siap mintak curut kat Mizi Belantik. Kat sini juga merupakan last water point, so, sila refill air sungai. Lepas ni, punca air kat H20. Dalam 5 jam perjalanan ooo.....!



Stage 5 to Peak of Gunung Korbu

Jarak from Start - 10.84km
Time : 7 jam 29 minit
Jam : pukul 3.14pm
Trail Condition : wet, muddy
Trail difficulty : hard, very hard at certain point
Temperature : 24.4 degree
Rehat time : 20 minutes
Jarak from Last Water Point to Puncak Korbu : 1.87km
Time taken from Last Water Point to Puncak Korbu : 2 jam 33 min



Atas puncak memang sejuk, 20 degree rasanya. Masa ni tengah cerah lagi, tapi dah petang. Tak ramai orang lagi kat sini. Lepas rehat seminit, ambik gambar, kita teruskan perjalanan. Masa ni, memang lega la sebab dah sampai 1st puncak.

Satu la keajaiban dunia ni, hutan dia kat sini semua di liputi lumut atau bahasa amerika latinnya mossy. Memang tahap mossy forest gunung irau, lagi cantik dari irau sebabnya tempat ni jarang orang usik, Gunung Irau dah macam bukit bintang dah orang masuk keluar, abis lumut orang buat carpet.


Stage 6 to Simpang Proton

Jarak from Start : 13.13km
Time : 9 jam 26 minit
Jam : 5.12pm
Trail condition : muddy, slippery
Trail difficulty : very hard, upper body movement, watch your head
Jarak from Puncak Gunung Korbu to Simpang Proton : 2.29km
Time taken from Puncak Gunung Korbu to Simpang Proton : 1 hour 38 min




Simpang proton ni, open space, kecik je. Ia merupakan simpang di antara puncak gayong dan jalan menuju ke Yong Belar. Nak pegi puncak pun 13 minit ooo...jalan lecak, tanah lembik.


Stage 7 to Gunung Gayong

Jarak from Start : 13.26km
Time : 9 jam 40 min
Jam : 5.25pm
Temperature : 20.6 degree
Trail condition : wet
Trail difficulty : easy
Rehat time : 10 - 20 minutes
Temperature : 20.6 degree
Jarak from Simpang Proton to Puncak Gunung Gayong : 130 meter only
Time Taken from Simpang Proton to Puncak Gunung Gayong : 13 minutes


Lega jugak bila dah sampai kat sini. Dari Korbu nak sampai sini bukannya jauh pun, 2.42 km je, tapi dia punya azab naik, aduhai....mencanak kau!


Kat sini, kita prepare gear untuk jalan malam. Temperature pun dah drop dah masa kat sini. Masing-masing tukar baju rainjacket. Hujan pun masa ni, setitik dua je. Hari dah nak malam. Pukul 5.25pm matahari nak tenggelam dah. Head Lamp pasang.







Stage 8 to Kem Cerek

Jarak from Start : 14.06km
Time : 10 jam 30 minit
Jam : tiada rekod
Trail condition : wet, slippery
Trail difficulty : hard
Jarak from Puncak Gunung Gayong to Kem Cerek : 800 meter
Time taken from Puncak Gunung Gayong to Kem Cerek : tiada rekod






Dari Gayong kita turun bawah, ada naik, ada turun, manageable la. Tak tinggi sangat nak naik pun. Tapi Cuma teknikal sikit di mana masa turun dan naik nak kena pegang banyak benda. Ramai team member dah start jadi kelawar dah tapi belum fully transform lagi. Dah slow, berhati-hati.
Gambar jam aku ambik kat sini tak clear la pulak. Blur...adui, suwey betul. So, tak tau pukul berapa aku sampai kat sini. KAlau nak ingat memang tak la...time tu ingatla, bila balik rumah, semua lupa.


Stage 9 to Puncak Junction

Jarak from Start : 16.33km
Time : 12 jam 47 minit
Jam : 8.33pm
Trail condition : muddy, slippery
Trail difficulty : very hard, upper body movement, watch your head,
pitch black, easy to get lost, began to slow down
Jarak from Kem Cerek to Bukit Junction : 2.27 km
Time taken from Kem Cerek to Bukit Junction : tiada data



Nak sampai kat puncak junction ni memang makan masa, sebab gelap. Careful memanjang. Berapa kali aku terhantuk kat kayu, terjatuh terkangkang. Lepas tu plak, kena panjat-panjat akar kayu, selit-selit bawah pokok tumbang – dalam gelap.
Masa ni jumpa hikers lain yang sama tengah naik, bawak beg besar, pergh memang malim gunung la diorang bawak beg berat.
Satu section aku dengan Rino tak jumpa track, masa tengah naik. Satu kelemahan area ni, dia tak banyak penanda arah tu, plastic ikat kat pokok tu. Nasib baik jarak antara kita ni tak jauh, jerit “Am”, tiba-tiba Am menyahut, dia suluh kat kitorang, dah terlajak sikit kitorang ...kah, kah...




Stage 10 to H20

Jarak from Start: 19.13km
Time : 16 jam 02 minit
Jam : 11.48pm
Trail condition : muddy, slippery, rocks
Trail difficulty : extreme hard at certain point
Temperature : 19 to 22 degree (extreme Cold)
Jarak from Bukit Junction to H20  : 2.8km
Time taken from Bukit Junction to H20 : 3 jam 15 min
Temperature : 19 degree





Masa on the way ke sini, aku beberapa kali lost direction, tak nampak rino kat depan, laju pulak mamat ni. Kat belakang aku wak, ghaz dgn arman – jauh la pulak. Jerit lagi nama Rino, nasib baik dia patah balik, kesian pulak aku tengok dia...haha...

Hujan sejak dari Puncak Junction – 4 jam jalan dalam hujan. Temperature drop kepada 19 darjah celcius berserta angin kuat jadi lagi sejuk. Badan penat, sejuk, gelap, dah malam. Kita berharap ada la orang camping kat H20, boleh la Tumpang kopi ke, shelter ke, Tumpang kasih ke.

Ada satu section ni masa turun dari H20, kena turun pijak dahan pokok, dan meniti sikit dahan pokok tu – seumpama pokok tu yang menjadi tangga untuk kita turun ke bawah. Memang scary le, bila suluh kat bawah, tinggi jugak ni kalau jatuh. Memang berdoa je la aku. Tapi team member lain bagi support, AM suluh Rino turun dari bawah, Rino suluh time aku turun, Aku suluh time ghaz turun, dan seterusnya (penat pulak nak ulang). Ada coordination di situ.



Turun punya turun, tak sampai-sampai. Dah naik fed up jugak la, dalam fikiran aku, ni betul ke jalan ni. Last sekali sampai jugak ke H20 pukul 11.58pm. Sejuk bukan main sampai ke tulang.
Di sebabkan angin kuat, hujan dan suhu sejuk, dan berita mengatakan ke Yong Belar pun angin kuat dan sejuk, kita decided untuk rest here. Takut hypothermia kalau kita teruskan. Jadi, stopkan jam suunto dan recharge here.
Keluarkan emergency blanket. Selubung. Bukak kasut, stokin.
Terima kasih la kat hikers yang ada kat H20 tu bagi shelter dan tempat panas la jugak. Tapi aku dengan arman kena tidur luar. Aku tak kisah la sangat, dah penat, aku baring je atas tanah, bagpack jadi bantal. Sarungkan sleeping bag liner. Tidur macam udang.
Terlelap la aku di buai mimpi ngeri. Tapi pukul 3 pagi aku terjaga, sebab terlalu sejuk. Sekali hujan da, takde space nak tidur kat dalam.
Aku tidur duduk pulak, still sejuk. Emergency blanket aku adjust sikit, cover sikit jangan bagi udara masuk, pun ada gak yang masuk. Last2, aku buat total make over, adjust balik betul-betul emergency blanket tu, tidur mengiring, lena sampai pukul 5.00 pagi. Lega.
Lepas tu Arman plak kejut suruh bangun, aduhai....

Lepas tunggu semua siap, refill air bagai, aku pulak tukar stokin fresh, lega, tapi bila masuk dalam kasut basah, sejuk la balik. Glove pulak dah lama dah basah, sejuk. Jari kecut. Tapi fikirkan nak pegang-pegang benda nanti, tahan je la pakai glove basah sejuk tu. Pukul 6.08am kita gerak balik menuju Yong Belar.


Start dari H20 (reset jam balik)

Stage 11 to Kem Kuali

Jarak from H20 : 4km
Time : 4 jam 53 minit
Jam : 11.00am
Trail condition : muddy, slippery
Trail difficulty : hard
Jarak from Start : 23.13km



Masa on the way ke Kem Kuali ni lah, suhu drop paling minimum 14.4 degree celcius. Arman cakap jari dia dah tak rasa dah...huhu. Memang sejuk! Walaupun kita panjat bukit guna kederat, tapi peluh tak keluar. Kabus je kat depan. Bila hembus nafas, macam keretapi wap...maksudnya betapa powernya aku.

Dah pukul 8.00am pun masih gelap lagi. Aku cakap mana la matahari ni, angin toksah cakap la, bertalu-talu tibai....dia punya sejuk, pergh....!!!

Start dari H20, Rino pakai seluar hujan, RM5 beli katanya. Yang kelakarnya, baru je 5 minit panjat, seluar tu dah koyak sikit.  Lama-lama koyak makin besar, aku kat belakang senyum sorang-sorang.

Stage 12 to Gunung Yong Belar

Jarak from H20 : 4.35km
Time : 5 jam 42 minit
Jam : 11.51am
Trail condition : muddy slippery
Trail Difficulty : hard
Temperature : 14.8 degree (extreme cold)
Jarak from Kem Kuali to Gunung Yong Belar : 350 meter
Jarak from Start : 23.48km





Akhirnya sampai gak kat puncak yong belar. Lega, dekat nak pukul 12 tengahari kat sini, tersasar jauh dari plan asal. Tapi nak buat macam mana, stranded kat H20 akibat cuaca.






Walaupun dah tengahari, temperature kat puncak memang dewa abis, sejuk gila! Menggelupur aku cari tempat takde angin lalu. Tapi pemandangan kat atas ni, subhanallah ! Cantik Sangat!!

Banyak gunung ganang kat depan, lepas tu ada awan kapas ropol-ropol membaluti gunung yang kita lalu tadi...pergh...terdiam la aku jap. Memang worth it, lupa segala penat lelah aku. Tapi kejap lagi teringat la balik...ha, ha...


Stage 13 to Kem Kasut

Jarak from H20 : 5.49km
Time : 6 jam 53 minit
Jam : 1.01pm
Trail condition : extreme muddy, slippery
Trail difficulty : moderate downhill, technical, watch your step
Jarak from start : 24.62km
Jarak from Yong Belar to Kem Kasut : 1.14km



Masa turun dari Yong Belar ni , track dia dah start lunyai. Lumpur, selut, lopak air sepanjang perjalanan. Aku kena selut dalam sikit lagi nak sampai buku lali. Pergh...
Bila jalan je, bunyi ‘ceplash, ceplash’, bunyi “scrrooot” bermakna kasut tenggelam kena tarik balik.




Masa ni jugak seluar hujan Rino abis koyak dah, kelakar betul. Sebelah kaki kiri dia tu koyak sampai pinggang, last-last tinggal getah je...adui...kah, kah...

Kem kasut tempat dia berlumpur gak, tapi masih ada hikers camping kat situ. Am dengan Arman memang kat depan. Bila aku sampai kat sini je, diorang tengah makan nasi lauk sardin. Pergh...
Aku pun di offer makan jugak. Apa lagi, siap tambah tu....Terima kasih kepada team uitm trengganu rasanya, sebab bagi kitorang makan.



Stage 13 to Kem Tudung Periuk

Jarak from H20 : 8.57km
Time : 9 jam 22 minit
Jam 3.31pm
Trail condition : extreme muddy, slippery
Trail difficulty : moderate downhill, technical, watch your step
Jarak from Start : 27.7km
Jarak from Kem Kasut to Tudung Periuk : 3.08km


Kem Tudung Periuk ni kira check point last la dalam pendakian kitorang. Lepas Kem Periuk ni, next ialah kebun sayur. Memang nak abis la. Tapi dia punya azab nak abiskan adui....sejam dua gak la


Stage 14 (Final Stage) to Kebun Sayur

Jarak from H20 : 10.67km
Time : 2 jam 11 minit
Jam : 5.42pm
Trail condition : muddy,
Trail difficulty : moderate to easy,
Jarak from Tudung Periuk : 2.1km
Jarak from Start : 29.8km

Keluar je dari hutan tu, kita berada di atas bukit, kat bawah tu Kebun Sayur Cameron highland.
Kat sini jumpa pulak dengan satu team hiker, diorang tak sampai atas, sebab hujan, sejuk dan angin malam sebelumnya. Jadi, kitorang di offer makanan lagi, nasi dengan ayam masak merah.
Apa lagi, perut pun dah lapar...hentam je la.












Lepak kat sini dalam 20 minit. Lepas tu kita pun turun bawah melalui kebun sayur.
Dalam 5 – 10 minit berjalan, ada sungai, melintas guna pokok yang juga berfungsi sebagai jambatan.
Lepas tu masuk dalam kawasan hutan. 












Lepas tu lalu kat satu kawasan orang panggil area paip. Kerana banyak paip besar-besar tangan kita yang berselirat warna hitam.
Kita terpaksa meniti paip tersebut, jauh gak..hantu betul. Tergolek-golek di buatnya.


Stage 15 (End) to 4WD – getting out

Jarak from H20 : 15.11km
Time : 1 jam 15 min
Jam : 7pm
Trail condition : dirt road,
Trail difficulty : easy,
Jarak from Kebun Sayur : 4.44km
Jarak from Start : 34.24km

Sampai lah satu kawasan yang menuruni tangga batu dan akhirnya sampai ke tempat 4WD menunggu. Lega.

Berakhirlah pendakian yang mengambil masa 33 jam dan 28 minit. Aduh, penatnya...!
Naik 4WD keluar dari kawasan empangan tu menuju ke Kampung Raja. 4WD tu pulak zaman perang punya (range rover) tapi kuat lagi. Gear dia rasanya boleh pegi sampai gear 2 je, mengaum semacam macam nak pecah gearbox.
Sampai kampong raja, mandi, dan tunggu satu lagi 4wd yang membawa kita semula ke Ulu kinta yang mengambil masa 1 jam 20 minit.







Aku duduk kat belakang dengan Am dan Rino. Sepanjang perjalanan, tidur...tak larat dah...
Sampai ulu kinta, boleh lagi pegi makan tu. Lepas tu pegi masjid , ambik keta arman, gerak balik ke KL. Heran betul si Arman tu drive ke KL langsung tak mengantuk, berborak dengan Ghas. Aku dengan Rino dah belayar dah. Wak jawa tak berapa sihat pulak, kesian.


SELEPAS

Evaluation / Assessment

Bila tengok balik dari segi persediaan, tahap kecergasan, barang-barang yang di bawa boleh di katakan yang aku mampu dan berjaya mengharungi pendakian yang extreme.
Tetapi, aku (dan Semua team member) gagal bersedia untuk menghadapi kesejukan melampau semasa di kem H20.
Kita juga gagal bersedia untuk tidur dalam hujan.
So, point-point macam ni perlu di ambil kira untuk next event.

Untuk menangani sejuk melampau – thermal glove, thermal jacket, thermal pants and socks kena ada. Cuma problem dia adalah berat sikit dan agak bulky.

Menangani hujan pulak, - fly sheet dan ground sheet untuk seorang (ringan dan kecik). Pun mempunyai masalah berat gak bila bawa.

Sama-samalah fikir jalan terbaik.