Kuih sekarang kecik2, hari tu beli kuih apam paling ciput di dunia. Nak tau berapa hengget? 3 bijik RM1-20 nak dasyat lagi kira kalau beli lagi untung dalam istilah peniaga ni beli RM2 dapat 5 bijik...wau!! satu penjimatan tak terhingga...
Podah!!...kau tengok betapa kecik apam ni, jual 40 sen satu...takyah beli pun takpe. Baik aku makan nasik iaitu makanan ruji rakyat malaysia.
Takpun makan roti canai, baru 80 sen (roti kosong la..)...
kang kalau aku cakap orang yg meniaga ni dapat duit tak berkat, aku kena kutuk pulak...
rasa macam aku beli kuih ni dah macam tak ikhlas dah, orang yg meniaga pun asyik pikir nak untung je...
satu cara untuk menikmati makanan.
Lagi satu, beli milo kat 99 speedmart, sekilo RM14-99 murah gile!!..kayo!!...kalau beli kat kedai lain mahal sikit. Kat kedai mamak kaya kat area rumah aku jual RM15-60, kalau tokey dia tak pakai mercedez, tak tau la...
Kalau aku beli seratus pek aku dah dpt RM61-00 fuh, kalau aku berniaga jual milo kan best...
ketahui hak pengguna oi...