Boleh tak aku bercerita dlm bahasa malaysia? (bukannya aku selalu bercerita dlm english pun..)..
boleh? terima kasih...
muka tak nampak la kak...
Sorry guys...these are the stories that was told by my friend, who knew this guy, who knew this guy, who knew this guy...
ala, setakat gambar asap, aku pun boleh...
I have no personal encounter with the so called 'entiti', maybe someday....(kening naik-naik)
gambar berdiri kat tepi tingkap...tak takut langsung..
Kisah Hantu - #1
Kisah ini berlaku dekat tempat kerja member aku (toot!). Dia ni bahagian IT (kalau member yg aku maksudkan baca...tolong betulkan fakta la ye..).
Ada sorang perempuan ni kena bertugas pagi, masa tu rasanya end of the year kot, kena back up system ke entah apa. Anyway, this perempuan datang le kat tempat kerja dia, rasanya dlm 2, 3 pagi jugak le.
Dia taknak tinggalkan husband ngan anak2 dia kat rumah, so, husband dan anak dia pun ikut le si isteri dia pegi kerja.
alamak...ni yg tak sedap ni...
Bila sampai kat tempat kerja tu, dia suruh husband dia lepak kat satu bilik ni. Memang company (toot!) ni bagi kemudahan bilik2 untuk tinggal yang mana staff dari outstation datang.
So, bila si husband ngan si anak ni dah ada kat dlm bilik, si anak ni pun sambung le tidur. Si husband belum mengantuk lagi, dia pun baca paper. Bilik tu terang dgn lampu semua. Bilik ni ada satu tingkap yg boleh tengok kat luar la...kot2 nak tengok pemandangan bulan mengambang ke. Tingkap ni pulak di tutupi dgn langsir ropol-ropol (tengok kamus). Indah rupanya..
huhu...lagi aku takut...nasib baik aku selalu ponteng kelas...
Si husband tengah lepak kat kerusi sandar sambil baca paper, tiba-tiba, si husband ni terpandang sesuatu macam benda bergerak kat tingkap tu tadi. Langsir dia bergerak sikit. Dia pun tak ambik port la, dia ingat angin ke yg tembus masuk sikit2, so, dia teruskan baca paper tu. Langsir tu bergerak lagi, kali ni rupa langsir tu seakan-akan ada sekujur tubuh berselindung di sebalik langsir tu. Lepas tu pulak, bentuk langsir bertubuh ni macam seakan-akan tengah pandang si husband ni. Apa lagi, berderau darah si husband!!
aku tak nampak apa2 dlm bulatan tu, dan aku tak kenal org gambar hitam putih tu...
Tapi si husband masih duduk lagi kat kerusi tu. Dia pun baca ayat alquran nurqarim yg dia ingat lah. Tiba2, bentuk tubuh belakang langsir tu mula bergerak menuju ke si husband ni. Panik le si husband tu. Dia pejam mata, tapi bila dah lama pejam mata, dia bosan kot, dia bukak balik mata tu, dengan tiba2 hantu tu terus menerkam dia! Tapi yang boleh nampak cuma bentuk tubuh di sebalik langsir tu je. Mcm halimunan, hantu tu terus menembusi tubuh si husband tu tadi dan terus bergerak dgn sepantas kilat tembus kat pintu pulak. Bila hantu tu tembus kat pintu, pintu tu berbunyi "baaanggg"...
huhu...apa teruk sangat bentuk pocong ni..?
Anak dia terjaga, lepas tu dia cakap kat ayah dia "apa bunyi tu abah?", si husband tu cakap "takde apa-apa". Lalu si husband tu angkat anak dia, lari dari bilik berhantu tu!!
hantu pun boleh salah panjat tangga...
Mengikut ceritanya bilik2 tu ada yg berpenunggu. So, ada satu bilik ni, diorang memang tutup sbb ramai org dah kena kacau.
Itu cerita kat dalam bilik. Ini cerita kat staff cafeteria pulak. Kat luar cafeteria ni ada kawasan mcm taman kecik la, ada air pancut, ada kolam. Tak lama lepas tu, air kolam ni di keringkan. Kenapa? sebab ramai orang nampak ada bayang-bayang langsuir terbang terbang kat sekitar kolam tu bila senja. Fuh...mengerikan. Jadi staff2 kat situ, kalau takde apa2, sharp pukul 5.45 je terus blah. Kalau nak pegi mana2 mesti kena berteman.
tak takut pun, setakat bayang2 je...
Kisah Hantu #2
Member aku (member lagi...) pegi kat satu tempat peranginan ni (tooot!). Diorang singgah kat taman permainan, bagi anak2 main buaian dan jongkang-jongket. Si anak pulak nak buang air, toilet dia pulak agak terlindung dari org ramai (bukan niat suruh budak2 buat projek). Bila masuk dlm toilet tu, toilet tu mcm tak terurus. Kotor. Jadi, lepas buang air, si member aku ni nak buang la pampers anak dia tu. tapi cari tempat sampah takde pulak kat dalam, kena la buang kat luar, apa lagi, angin la member aku ni, dah la 2 org anak buat hal, cari tong sampah pun takde pulak member aku ni membebel2 sambil kutuk2 lagi tempat toilet tu.
ni biasalah, camera trick je ni...blurkan je sikit gambar hantu tu...
Bila balik je kat rumah sewaan diorang dah malam tau, agak ramai la jugak sedara mara kat rumah tu. Diorang semua dah tidur. Tapi anak si member aku ni menangis tak tentu pasal, tak henti2. Lepas tu asyik tunjuk kat toilet je. Umur dia baru setahun jagung so, bila tanya dia akan menangis je. So, member aku ni, ingat anak dia kena angin pasang ke, kembung perut ke jadi dia pun urut2 le, suruh buang air taknak, buat tu taknak, buat ni tak nak. (kalau org lelaki dah lama tension ni..).
hmmmph...tak real!
Member aku dgn mak dia la cuba tenteram kan si kecik ni. Yang lain semua dah tidur. Yang si anak ni masih menangis tak henti2. So, member aku ni cuba la baca ayat suci alquran, just in case kat rumah tu ada benda2 mistik ni, masa ni lah bulu roma belakang tengkuk berdiri (hantu nak datang dah tu..) Tiba2 mak member aku ni, ternampak satu lembaga ni kat toilet! Tengah berdiri pandang anak member aku ni. Tiba2 berkat dengan keberanian, adrenalin dah naik kepala la tu, mak member aku ni menyuruh hantu tersebut keluar dari rumah tu. Kena halau la hantu tu dari rumah. Yang herannya, hantu tu berjalan pelan2 keluar dari rumah tu. Member aku ni pulak, terpinga2 tengok mak dia marah dinding, sbbnya member aku tak boleh tengok hantu tu. Mak dia je boleh.
bosan...balik2 gambar hantu ni...
Bila hantu tu dah kena halau, barulah tangisan si anak ni berhenti. Dan secara tiba2 pulak, sedara2 yg tengah tidur mati tadi pun terjaga dari tidur. Dan diorang cuma perasan bising2 tu bab yg last je. Diorang tanya kenapa, so, si member aku cerita la, ada hantu tadi, kacau anak dia. Barangkali hantu tu di bawa dari taman permainan misterius tu tadi. Mcm mana dia ikut, tak tau la, entah tumpang kereta ke, motor ke, naik bas.
Mak member aku ni pulak semasa sesi interview memberitahu, yg dia ni kadang2 ternampak benda2 mcm ni, dan entah kenapa dia berani pulak halau hantu tu keluar tadi, hanya kerana nak melindungi cucu dia. Sungguh berani. Bila mak dia teringat balik apa yg dia dah buat, mcm tak percaya je, lepas tu jadi takut la pulak. Mak dia menambah, rupa si hantu ni bertanduk, yg lain2 semua dia tak berapa perasan. Yelah, takkan nak pegi dekat dengan hantu tu tengok muka dia ada jerawat ke tak..kan? Mak member aku beri nasihat pada member aku, lain kali masuk toilet baca doa sebelum masuk tandas, bukan kutuk2. Mungkin pada hantu tu, itulah toilet yang tercantik, first class baginya (mcm toilet @KLCC bayar RM 2 tu) sebab dia tinggal kat situ….rumah dia katakan…..
errr...air terjun hantu?
Kisah Hantu #3
Kisah ni pasal member aku punya kakak punya member. Lagi kes kat tempat kerja. Si perempuan ni, menghadiri satu kursus hari tu, so balik lambat sikit le. Waktu tu dah malam. Si perempuan ni pegi toilet nak buang air. Toilet dia pulak jenis yg sebelah-sebelah, yang kat bawah dia tu ada ruang (yang boleh intai org kat sebelah tengah buang air duduk ke berdiri...aku tak suka toilet mcm ni) Bila perempuan ni nak masuk toilet ni, dia nampak sebelah toilet lagi tertutup maksudnya ada orang le sebelah dia.
bila lagi nak menyelit, asyik gambar tengkorak je..
Dia ingat mesti salah sorang peserta kursus tadi. Dia pun ambik tak port la. So, bila dia duduk dia pun cuba berborak dengan org kat sebelah dia tu. Dia cakap kursus tu ambik masa lama nak abis bla, bla...org yang sebelah si perempuan ni pun, layan le, dia borak....
cak!!..saya pun nak jugak...
Bila dah agak lama borak tu, hajat pun dah tercapai. Si perempuan ni, mcm nak pakai2 la seluar dia ni, kan kena tunduk2 sikit kat dlm toilet tu, so, dia pun terjeling la kat bawah toilet sebelah. Biasanya, kita boleh nampak le kaki orang kat sebelah tu. Tapi bila si perempuan ni tengok, kaki tu takde!!! Takkan la org buang air kaki kat atas? tu jimnastik dan yoga namanya tu. Maksudnya kat sebelah toilet tu takde orang!! huhu... abis tu, dia borak-borak tadi dgn sapa??!!! Masa tu bukan setakat bulu tengkuk je yg naik, bulu dada, bulu betis pun naik jugak.
sekali pandang mcm microchip je..
Lepas dia terperasan takde org tu, hati dah panik, tiba2 terdengar suara org sebelah dia bercakap "ha, sekarang dah tau, macam mana sekarang"?....si perempuan ni, tak cakap banyak, berterabur lari keluar dari toilet tu, tak toleh belakang dah! Nasib baik dah basuh dah...
So, selepas kejadian tersebut, company policy menyatakan nak pegi mana2 kena berteman...
ala..setakat ambik pensel gelapkan muka member...atau menconteng arang di muka member apa barang..
Jadi, ingatlah kawan-kawan, kita tak keseorangan. Dan member aku ni ada cakap, jangan kita takut akan sesuatu, kalau takut, 'benda' tu akan datang..sometimes it's only our imagination and sometimes it could be real...huhu...takutnya....."mak, tengoklah diorang ni, cerita-cerita hantu pulak..."!!