Tuesday, August 5, 2008

COMPANY TRIP KE PULAU PERHENTIAN, TERENGGANU

Pada hari khamis, 31 hb Julai 2008, company yg aku kerja sekarang buat company trip ke pulau perhentian, trengganu. Mula2 tak tahu kat mana la pulau perhentian ni, member semua cakap best, pantai cantik, boleh nampak dasar laut, bagi aku, ni lah satu2nya peluang nak pergi secara free.
Bila dah confirm hari, aku ambik keputusan pergi trip pertama. Sedih jugak tak dapt bawak anak bini, mahal gila woo...!! Sorang kena tambah RM550-00, kalau ada 2 isteri? tak ke mampus di buatnya. anak pulak half price, sorang tu. mcm aku ni 3 org anak, tak ke terkejal nak membayo nye..
Ok lah, teruskan dgn point. Malam khamis tu, kitorang naik bas 2 tingkat, mahligai namanya..boleh tahan. nampak cantik bas dia..ada kot gambar dia. Perjalanan mengambil masa 8 jam, yg boleh penyekkan bontot aku yg tegang ni. Kitorang bertolak pukul 11.20 mcm tu, terus pergi menghala ke trengganu, ikut karak, masuk pahang lepas tu terjun ke trengganu.
Punyalah mengantuk toksah cakap la, dalam bas yg goyang2 tu, dengan pening kepala sbb tinggi sangat, aku pun melelapkan mataku. Dapat tidur mcm ayam le.
Pukul 3.15pagi kitorang berenti kat satu tempat ni, tak tahu kat mana, ada la kedai bukak. Rasanya drebar bas tu dah kamcing dgn owner kedai tu kot. Tempat tu berkabus, tandas berbau lepas tu kena charge pulak tu, 20sen ke 30sen tah..belasah je la.
Rehat lebih kurang setengah jam, kami teruskan perjalanan. Masa ni, aku memang tidur lena. Sampai le kat jerteh kitorang berenti untuk sembahyang subuh, masa tu lebih kurang pukul 6.20pagi kot.
Masa ni dapat tahu ada org muntah, Azie budak IT dengan si Anita budak histo muntah. Biasalah, pening naik bas. Dah lama tak naik bas. Nasib baik aku tak muntah jugak. Rahmad dgn adik (Logistics) pun ada buat cubaan nak muntah, tapi tak jadi...
Kitorang teruskan perjalanan lepas tu terus ke jeti, aku pun tak tahu jeti mana..tiba2 je dah sampai...ambik beg, lepas tu pergi breakfast kat kawasan sekitarnya.
Tugas aku apalagi, tangkap gambar la. aku kalau bab2 ni memang suka. saja je kenang-kenangan. kak Lina (Corp Office) bagi sorang 20 inggit untuk breakfast, masyuukk...
Si Zamre (purchasing) makan roti canai paling kecik di dunia, piring kuah roti canai tu dah nak sama dgn roti canai..katanya...3 suap je dah abis. Murah memang le murah.
Lepas makan tunggu bot pulak, lembap gila! Masa menunggu tu, ramai gila minah2 salleh ni, seksi2 pulak tu, abis pahala puasa aku (tak puasa pun). Kitorang tunggu dari pukul 9.00 pagi tu sampai le pukul 11.00 aku punya turn naik bot. Sebab tunggu si zaida tu (Main lab), dia naik flight, tak salahkan dia jugak, mula2 budget naik bot pukul 10.30 pagi, awal pulak kita sampai pagi tu.
Bila dah naik bot tu, pakcik tu bawak mcm mat rempit, laju semacam. Dalam 15-20 minit baru sampai pulau perhentian. Dalam bot tu, aku, mike, zaida and family, dan mat salleh and mat korea. Aku tengok warga korea (Mike yg cakap) terpelanting2 kat depan tu, dah mcm naik kuda dah...gelak jugak la aku.
Bila kitorang sampai kat pulau tu, time utk check in. Rupa2nya kitorang sampai awal, pukul 12.00, check in pukul 2.00, gila! Masa tu aku tengok ramai yg dah bosan menunggu. Hasman (logistics) cakap dia call aku suruh beli air coke. Masa tu pulak aku tengah naik bot rempit tu, tak berani aku nak jawab call, kang melambung pulak. Dia cakap harga satu tin coke kat situ RM6.30, ambik kau! Tu kena minum betul2 kering baru best.
Bila dah check in kat bilik masing2 baru lah boleh rehat, rehat pun tak lama jugak, pukul 2.30 petang dah ada snorkeling, aku dgn husaini (histo) satu bilik, kitorang tidur dulu. Sedar2 je dah pukul 2.39pm, kelam kabut di buatnya. Dah siap, pergi kat receptionist, jumpa coral, dia cakap suruh kita pergi kat jeti, bila kita pergi kat jeti, bot dah pegi dah...kena tinggal la kitorang.
Balik kat bilik, tidur sampai pukul 5.30pm ada high tea. budak yg pegi snorkeling petang tu cakap, best memang best tapi panas nak mampus, badan dah naik belang2.
Ada satu budak ni, rasanya budak johor, dia cakap, tengahari ni nak snorkeling, badan dah la gelap, bertambah gelap le ..kah, kah, kah...
Jadi, kebanyakkan staff tak pergi le snorkeling hari pertama tu, sbb terlalu letih.
Malam tu pulak, ada dinner, nothing special, makan mcm biasa. Kerja aku tangkap gambar sebanyak yg boleh, dan beramah mesra dgn staff dari branch lain. Masa ni la berpeluang tegur diorang.
Lepas makan, pukul 8.30 gitu, free and easy. Tapi tak tahu nak buat apa, pergi kat pantai, tengok laut, tapi gelap je, mcm masa depan aku jugak. Budak2 lain borak2, ada yg duduk saja, menganga..tak tahu nak buat apa.
Aku call rumah tanya anak bini aku, rindu la jugak. kesian kat diorang. aku seronok2 kat sini (ye ke?) diorang tu kat rumah mak aku entah makan apa entah.
Malam pertama tu aku sms kat irma (HR) cakap boring gila! (esoknya dia call aku tanya)
Malam tu aku tidur dgn aman takde org kacau...bestnya.
Pagi tu, siap2 pakai seluar pendek, nak pegi snorkeling (Boring)...lepas breakfast (makan sikit je..takde selera lah), terus pergi jeti, tunggu bot. Masa tu boleh nampak le ramai perenang2 olimpik beijing seperti kak lina, aida (cheras), halijah (finance) pakai dubai punya stail swimming suit. Bila bot sampai, ramai2 naik bot pergi le dekat port snorkeling..
Jauh le jugak, ada dua tempat. Sorang budak JB (Rusdi) tertelan air laut dah mcm nak lemas, pakcik bot tu, tolong selamatkan nyawa dia...ngeri jugak benda tu berlaku depan mata aku, kalau belakang mata aku ok lagi..
lepas tu, kitorang balik, masa tu dah pukul 12.00 rasanya..balik mandi, tidur. Lepas tu bangun pukul 1.00 utk lunch. Lunch pun takde apa2 special jugak. Mcm biasa. food dia pun, ok. Aku tak berapa cerewet pasal makan ni, batu dgn kayu je aku tolak, lepas tu besi pun tolak jugak..
ada jugak yg komplen pasal makanan tak sedap, "abis tu kau masak sedap ke?"..
Lepas lunch tu, free and easy lagi, nak buat apa pun tak tahu. next aktiviti pukul 4.30 telematch. Telematch mcm astro buat tu. Apa lagi, dah takde benda nak buat, tidur je la...lagipun kalau nak swimming panas gila...tapi ada jugak budak johor tanpa menghiraukan kulit gelap tetap meneruskan perjuangan utk mandi sambil tengok minah2 salleh tu berbogel. Ada yg topless, tapi hilang la selera kalau tengok.
Pukul 4.30 petang, berkumpul di gelanggang volleyball utk telematch. Semua lembap bangun sbb letih lepas snorkelling. Telematch di adakan tepat jam 5.00 petang. Ok Jugak, penganjur mengamalkan konsep kontemporari (entah apa maksudnya entah). Ada beberapa game yg kita perlu buat, seronok jugak....
Tapi yg tak bestnya ada la beberapa kaum ni yg mabuk, jadi mengganggu proses telematch tu...boring2. Fazili (corp office) cakap, kalau ada guni nak masukkan je org yg mabuk tu kat dalam guni lepas tu campak ke laut...gelak..gelak...
Telematch habis lebih kurang pukul 6.30ptg, lepas tu kitorang main bola. Mcm nak pitam main bola. Pukul 7 abis main bola, balik ke bilik, mandi. lepas tu letrik takde pulak tu. Aku mandi dalam gelap je, tak tahu ada ke takde pasir kat badan aku ni, main gosok je..
Masa dinner ada barbeque, lepas tu karaoke...Yg tak bestnya bbq tu dia buat dekat sangat hampir nak masuk kat dalam, apa lagi, asap dia mcm bas rapid kl tu masuk kat dalam hall tempat kita makan, berkabus semacam je, mcm winter sonata la pulak. Sampai pedih2 mata umat2 kat dalam tu...
Masa tengah makan tu, aku dgn seluar pendek aku dengan andy memulakan sesi karaoke dgn mendendangkan sebuah lagu srikandi cintaku utk para peminat. Suara masing2 kokak...tapi andy (klang) punya suara mmg klass, tarik menjadi manjang...
lepas kitorang dah start nyanyi tu, baru la hot, samsiah (corp office), ikhma (main lab), Siti (main Lab), Erza (main lab) pun nyanyi jugak. Samsiah suara boleh tahan...kaki karaoke.. Afandy pun nyanyi jugak, org cakap suara dia mcm jamal....ada la jugak...
Sedar tak sedar dah pukul 10.30 malam, masa karaoke dah abis, rasa mcm sekejap je. lagu2 wajib tak dpt nyanyi la pulak. Kesimpulannya aktiviti karaoke memang success...
Lepas tu borak2 ngan member, pukul 11 ke 12 ke balik kat bilik. Sebelum tidur, call anak bini dulu tanya khabar...semua ok...
Esoknya dah nak balik, check out pukul 8.30 pagi..paling awal dlm sejarah hotel malaysia. Sebab nak kejar bot...tapi malangnya dari pukul 9.00 tunggu, aku dpt naik bot pukul 10 lebih, boleh la...naik kejang peha dengan urat saraf aku...
Sampai je kat jeti, kitorang terus naik bas, masa jalan ke bas tu nampak si zaida dgn husb. tengah beli barang cenderamata (boring).
Bas ada 2 buah. Dua2 menghala ke pasar payang. Sampai pasar payang pukul 1.00pm. Aku pun tak tahu nak shopping apa, berbekalkan kamera, aku jalan ke pasar payang ambik gambar mana2 yg patut, lepas tu naik atas kantin dia, makan nasik ayam. Tiba2 jumpa pulak geng dari johor baru, diorang pun lepas sama, borak2. Pukul 2 aku pun gerak, belikan anak aku patung spongebob, dgn keychain tu je..malas aku nak layan beli keropok Sbb teringatkan keropok tu bila goreng banyak minyak...I tak suka...On the way balik, jumpa si Wadi jawa (BP) baru nak menghala ke pasar payang. Dia cakap bas diorang tayar pancit..nasib malang betul.
Aku sampai kat bas pukul 2.30, bas bertolak dari pasar payang tu pukul 3.
Lepas tu rehat dekat mana tah aku pun tak ingat, minum dgn stretching je dpt buat, dengan petik buah ceri sikit. lama tak makan.
Lepas tu, bas terus menghala ke KL, sebelum tu kitorang rehat kat gambang. Crowded mcm setan, malas aku nak layan, nak beli makanan rebut2 ni aku malas sikit. Nanti ada tekanan perasaan..Dalam pukul 8.00 bas tu sampai kat gambang. Pukul 9.00 mlm rasanya bas tu bergerak.
Sampai kat KL pukul 12.30 malam, rasa nak patah belakang aku ni duduk kat dalam bas tu..
member ckp, bas yg lagi satu lagi tu luggage compartment dia terbukak, ada la 3, 4 beg terkeluar jatuh atas jalan.
Apa punya nasib la..
Kesimpulannya..company trip memang best, dapat pergi mcm2 tempat...
Harap tahun depan pergi tempat lain pulak...