Xplorace yang kedua dalam hidup aku. Team mate : Mr Ray.
Tempat start kat Menara KL.
Saksikan gambar2 berikut :
from Left : tak kenal, Ms E, Aini, Ray, MCijam, tak kenal, Ian and Ian's partner
Pasangan Aini dan adiknya Ms E (yang tak puas hati kena tukar Tshirt oren)
Mula-mula ingat boleh la pakai baju sendiri, rupa-rupanya bila dah dapat goodie bag, kena pulak pakai tshirt kaler oren. Belasah je la..
Danny Choong sedang mengambil gambar organizer tengah karaoke
Ms E, Suhaily, Aini dan Ida
Bacaan Doa - amin
punyalah ramai peserta : 250 team (kot) = 500 orang
One hell of a 'fit' nyah...aww..(gambar ni untuk Deo yang kesunyian..)
Check point yang pertama
Kat check point ni, kita di beri 1 bungkus soalan utk di jawab, berapa tinggi menara KL dan lain-lain lagi lah, senang je, tanya kat staff menara KL abis cerita.
Teka usia saya : 95 tahun dari tahun 1996...ada trick dia tu...
'Eh betul ke aku kira ni'. Ray dgn gaya satu malaysia.
Yahoo...jangan lupakan teknologi di hujung jari...
Our team up partner, Cik Aini.
Muka masing-masing serius gila...matematik oooo....
orang serius, ray boleh senyum pulak...
Sebahagian dari peserta yang cuba menyelesaikan masalah kira-kira...huhu
Suhaily sedang menyerahkan borang jawapan. Untuk pengetahuan, kitorang banyak tiru je jawapan, buat apa nak pening2 kepala fikir.
Next Stop : taman eko rimba bukit nenas
Cari 5 jenis pokok, dan 5 jenis herba...tak payah susah2..tengok kat signboard je...apa barang..
U shoot me, i shoot you..Mat saleh ambik gambar kitorang..
Masih di bukit nenas : mencari harta karun, setiap peserta di beri 10 minit nak cari harta karun. Aku tengok dah macam cari cacing nak buat umpan je. Kitorang skip yang ni, nak menunggu satu hal, beratur bagai nak gila. Jumpanya belum tahu lagi. (Team Aini 'Roti Jala' tak jumpa..keh, keh...)
Selepas kita membatalkan hasrat utk mencari harta karun (tolak 5 markah), kita menghala ke Muzium Telekom - jauh gila!. Lalu kat sebelah Sekolah St John kot..
Ray buat LSD (Long Slow Distance) di tengahari pakai seluar panjang...kah, kah...
Tengok, panas kan?
Dah sampai, nampak Chia Kai kat sini, dia tinggalkan mak dia..kesian.
Para panel yang sabar menanti. Ambik kertas soalan kat sini, pegi jawab soalan. Soalan-soalan semua berdasarkan pasal telefon, bila ada kat dunia, kabel bawah tanah la...aduh..berputar bijik mata nak baca satu-satu papan kenyataan kat muzium ni. Trick dia : tanya staff telekom..he, he..
Ni le soalan dia...susah bangat!!...Zoom la kalau tak keberatan
Ray dgn muka berpeluh...Semua soalan ray berjaya jawab, aku cuma ambik gambar je.
Sumpit menyumpit bagi kat aku...takde hal punya
ada 5 batang peluru, satu belon je kena pecah. 3 kali try dah kena...canteekk..
Klu seterusnya membawa kita ke dataran merdeka...lari!!..yah, yah...
Masjid Jamek, jauh lagi nak sampai...tension!!
Dah sampai pun, kena buat tarian singa la pulak, lepas tu kena kopek limau buat hiasan. Aduh...
Masa diberikan 2 minit.
Tengah tengok team lain buat
Aku nak buat, aku nak buat!!...- RAy
Masa tengah kopek limau sambil pakai kepala singa tu, air limau tu masuk pulak kat dalam mata...aduh!
Buat tarian pun entah apa2, langsung mak aku tak ajar, marshal kat situ pun tak ajar, apa lagi, buat tarian disko le...kah, kah..
Dah selesai buat menatang ni, hiasan limau aku dapat 6 markah je..(full mark 10). Hantu punya apek...
Lepas dah dpt next clue, kena pegi kat dayabumi, kena susun puzzle. Dapat buat lebih 2 minit, suwey..!!
Masa tengah susun puzzle, peluh menitis tak henti-henti..sihat la katakan...
Ambik next clue : pergi ke Dataran Merdeka balik
Kat sini dia ada 2 stations : Pertama kena buat 'chingay'. Kena ambik bendera kena letak kat dahi, tak boleh kat dahi, dada kot. Ada peserta letak kat leher pun ada. Kedua : bowling kelapa.
Itu dia, Ray sedang mencari ketenangan untuk menghancurkan mineral water
Ni lah mineral water yang perlu kita binasakan..
Tengok la tu, chingay dia..keless...Di sebabkan angin terlalu kuat, chingay tu terputus dua. Ada yang complaint, sampai organizer cakap, chingay takyah buat. Rugi la kitorang, kita nak markah..ceh..!!
Jumpa team Ian kat sini, diaorang dari DBKL maksudnya, there were following route B instead of Route A like us.
tengok le, dah tinggal rangka. Chingay di perbuat daripada pvc paip dan di gam dengan gam paip. Sungguh kreatif. Lepas acara ni, next clue kena pegi bangunan DBKL. Tapi gambarnya takde lagi, tak sempat nak upload, tungguu....
Soalan yang kacang..tapi hampir-hampir tertipu
Mencari klu yang tersembunyi. Bila la aku nak jadi Datuk bandar ni
Lepas tu kita kena pegi ke masjid india, buat bunga malai. Masa lari-lari nak masuk ke masjid india ni, org punya lah ramai, awek pun ramai jugak.
tongah hari, tongeh paneh...apo dayo...
Ray tengah memilih bunga yang sesuai dgn cuaca malaysia. Ikat ray, ikat...
Ray bersama dengan Juri bunga malai, Mr Chulalongkorn (manalah aku tau nama dia)..Kitorang dapat 4 markah je (out of 10) ceh...tapi boleh la. Tengok team lain masih terkial-kial lagi.
Cik adik kita masih : 'kau pegang ni, aku ikat tu, kau ikat tu, aku pegang ni'.
Kena pakai baju melayu dlm masa 2 minit! Apa barang...kacang...
Ni dah siap sedia dah..tunggu pengantin perempuan je sekarang.
Dapat baju pun yang dah berlendir, kena pulak peluh aku, jadi la 'super lendir'. Nasib la team yang lepas-lepas ni, dapat pakai baju lendir...kah, kah..
Cik mana nak register pengantin.....
Lepas dapat markah penuh 10 markah, kita ambik next clue and proceed to the next station : Jalan Doraisamy. Lari lagi!!...Masa sampai kat jalan Doraisamy ni kita kena buat angkat kacang kat dalam mangkuk sebanyak 50 biji baru dapat full mark. Dah lama tak makan pakai chop stick. Kita berjaya dpt full mark!!
gambar aku takde, tapi gambar team lain ada...chop stick dia kecik bebeno...
mangkuk yang kecik tu tak boleh di alihkan
kat dalam 'matic' jalan ampang...mencari tempat bermain gasing, jumlah kipas dengan nak buat tarian 'ngajat'
Lepas tu kena pegi kat Pusat Pelancongan Kat Jalan Ampang, sebelah dengan restoran Saloma. Penat weh lari dari jalan Doraisamy!!...tengahari buta pulak tu...
Ni le kedai coklat tempatan, mati2 aku ingat Nestle jawapan dia..penat teka. Nasib baik Ray pandai.
Kat sini kita kena ambik kertas peperiksaan, masuk kat dalam kompleks pelancongan tadi utk cari jawapan. Lepas tu datang kat sini balik, cik mek molek ni akan check kita punya jawapan. Nasib baik adik-adik kat tepi tu tolong kita sbb kita kantoi satu soalan.
Ni la di mana proses kejatuhan maruah aku secara besar-besaran berlaku. Kena buat tarian 'ngajat'. Pakai baju pulak terbalik, nasib la...2 minit yang paling lama dalam hidup aku...
This is the reward. bergambar dengan crew..keh, keh...
peha aku dah naik hitam dah!!
Lepas ni, dah tamat, kena balik ke menara KL balik. Lari!!!!
Yea, yea..nak sampai!!...acara mendaki sedang berlaku...
yeah...!! Sampai!!!...Kita berjaya menduduki tempat ke 9 tapi dengan markah yang ciput...tak kisah. Cepat buat, cepatlah balik, itulah moto kami. Menang belakang kira.
Kalau nak markah lebih, kena buat abseiling, kacang...
Ray sedang memakai 'seluar dalam sumo' atau harness..
dah ready nak terjun dah tu...
yahoo...!! aku tergantung di udara dan masih macho..
aktiviti pengiraan markah sedang di jalankan...
lepas tu balik kat tempat start balik sebab nak tengok team lain habis...
Fuh..puas hari tu...!!
Kita berjaya menamatkan perlumbaan dalam masa 3 jam 16 minit.
Lari tengah panas, menggadai nyawa lintas jalan dan tengok amoi...
Terima kasih kepada team partner : Mr Ray kerana bersama menjayakan aktiviti bermoral ni...
amboiiii cepatnya sampai, pastu tak tunggu makan nasi biryani pun hehe... tapi part soalan matematik kelakar... tiru-tiru pun si Ray salah jugak muahaaahaaa
ReplyDeletekah, kah...betul2, dah tiru pun boleh salah, terpaksa 2 kali tiru...keh, keh..
ReplyDeleteNasi briyani tak boleh tunggu, nanti abis..
Fuh! Aini dah sampai dulu?! Penat aku! Tgk gambar jer pon dah penat hehehe
ReplyDeleteaini memang power!!! ha, ha..
ReplyDeletekah kah kelako...sakit perut aku gelak! ijam menari Ngajat baju terbalik..he he.
ReplyDeletesemua krew kat MATIC haritu semua terhibur dgn gelagat ko Ijam...ha ha
Bab Sumpit ko memang terrer!! kalu ada acara tangkap ikan keli gerenti kita menang.. :p
yahoo...!!! nasib baik tak ramai masa tu...kalau tak, mau aku pakai topeng masa kat tarian singa tu balik utk cover malu...
ReplyDeleteyay! kitaorg kalahkan korang.. wakakaka..
ReplyDeletebut we lost to Team Macam Bagus (dari segi markah). But u guys punya strategi dah ok, cuma points je yang kureng, hasil 'pengadil' yang kemut.
ReplyDeletetakpe che, to have you as one of our competitor is much obliged. Baru ada fight...
ReplyDeletepatut aku bagi rasuah kat apek tu...keh, keh..
well said team Clown, korang mmg mengejar dan dikejar, next time kita tau ape nak buat, boleh target podium! :P
ReplyDeletepart posing ngan marshall tak tahan.. korang dpt markah lebih nari ngajat? :P
ntah hape2 ntah pengadil, semua pengadil lah.. (ada event, kita gi belajar kopek limau ngan buat bunga malai siap2) :P
Che : betul tu...ngeh, ngeh..
ReplyDeletehahaah kelakar baca .. must have been really fun .. would give anything to see ijam menari tu lol ..
ReplyDeletemeriah sungguh! lepas ni sukaneka nak kau kat sekolah dah boleh kau pantau
ReplyDeleteKak June : kena sun bath hari tu, penat..!! Menari pun lintang pukang..kah, kah..
ReplyDeleteSyah : itu sudah pasti...dengan bantuan Ray
kah3...kelakar2...guling2 gelak...akak pun sama la...dapat penat dapat seronok...
ReplyDeletemula2 lagi dah tersasul arah , nak ke muzium ada ke g turun ke pak gad pintu masuk kat bawah tu hissshhh patah balik naik bukit menara tu x ingat bleh turun dr tmn eco tu je, masa pth balik br tau ramai org salah jalan gak hak hak hak, …pompuan biasa le terkial2 dok cari jalan ke kiri ke kanan abih sumer orang akak tanya, tersalah info pun ada..emmm lebih 15km rasanya plus pi mai pi mai tang tu.
Last check point kat matic tu akak x dan dah, skip terus….x terkilan dah sebab kat tempat tarian singa tu awal2 akak dah menari ngajat kat situ..lantak la bukan org kenal pun mende tak pernah buat mana la nak mejadi…
Tang puzzle tu plak akak dok menyusun kwn akak plak dok kuar kan…tertekan la katakan bukan tak pandai susun tapi terkedukan 2 minit tuh mcm2 bleh jadi last2 banyak minit akak pulun …
bab boling tu kalau main kat boling center 160 ,170 leh dapat kat situ haprak tul…satu pun tak kene…akak terer straight ball tp kt pdg tu hook jadinya…pas tu sanggup tunggu nak try ber chingay plak kununnnn … try buat satupun tak menjadi..rasa nak hempuk je marshall tu…tp marshall tu bagus sabar je tetengah panas tu..tak der perasaan marah dorang ni baik betul…syabas la marshal yg bertugas akak tengok cam dah hangus dorang tu…hangit je tak laginya.
Malai ….akak hebat hehhehe tambi tu bagi markah penuh canteekkk katanya…kembang jap walaupun dah kembang segala, dok berlari kat tengah ramai org tuh …tiba time pakai baju melayu wahhhh memang laa kacang tapi 2 minit jadi macam2..markah tak penuh baju terbalik beb…camner tah bleh x perasannnn, kwn akak yg pakai baju tu pun satu….lurusssssss bendul ikutt je tanpa bantahan ngan dia2 terbalik pun tak per gaknye
Pas tu ngadap plak kacang tanah alamakkk peberek akak tu rasa nak tuang je mangkuk kacang tu lam mulut ni laporrrrrrrrr beb!…tapi ketat sungguh marshall tu menjalankan tugasnya..takut akak nak selesaikan niat akak tu
Balik kena plak naik tangga…adusssss terhennggik henggikkk nak sampai ke atas…sepanjang tangga tu ramai melepak rupanya..ahakssss…dorang berenti tak larat naik dok membilang anak tangga tu ada berapa walaupun takder dlm task..
Sampai masa nak serahkan passport kegemilangan akak tu plak…ayyyooo pacik mohan tu tak terima sebab ada 2 kosongggggggg ahaksssssssss ….kwn akak dok klentong macam2 dah tetap dia degil tak mboh gak …rasa nak hempokkkk je heheheh sabar2…terbantut niat nak buat rencana…..korang teka la apa jadi…
Maznah : lenkali bawak kamera, mcm2 boleh tulis...tak abis takpe, Penyertaan di utamakan, pencapaian belakang kira...keh, keh..
ReplyDeletepundek aaa Ijam kasi aku nyah buat aerobik tu buatpe? kasi lah awek pegang tisu yg tengah buat soalan matematik tu...
ReplyDeletewah kah kah!!!!...aku dah agak dah, mata kau mesti liar punya...aku purposely tangkap gambar awek tu pun...hew, hew..
ReplyDelete