Ni gambar aku baru lepas muntah, hehe...
baru nak start ni..
Arman and the gang jemput naik
V1 – Korbu 7162ft, Gayong 7129 ft dan Yong Belar 7155 ft. Selepas Gunung Tahan
hari tu, masuk ni dah 4 gunung G7 aku dah naik. RM200 lebih bayaran untuk
guide, permit mendaki, permit empangan ulu kinta, insurance bagai.
Naik dari Empangan Ulu Kinta,
Ipoh dan turun di Blue Valley, Cameron Highland the next day.
Reading dari blog-blog
tempatan (tak banyak) sebagai panduan untuk apa yang kita akan hadapi masa kat
gunung tu nanti. Actually, 2 blog je aku baca, satu Vespa dan satu lagi blog
arman (kuchalana). Jadi, blog ni akan aku curahkan semua tips supaya berguna
untuk para hikers yang lain.
Muntah masa naik 4WD, nearly
hypothermia masa kat kem H20, tidur dalam hujan, track lunyai, jumpa member
atas gunung, dapat makan free atas gunung, pesta atas gunung, life and death
decision to continue or not at some point - antara pengalaman yang aku nak
kongsi.
Jom kita bahagikan cerita ni
dengan 3 segment iaitu sebelum, semasa dan selepas mendaki.
Meet up at Sungai Buloh
Dah Sampai Ulu Kinta - Makan Dulu
Lepak kat masjid ulu kinta, masjid al muttaqim (kot)
SEBELUM
Training Plan
Ni first time aku nak hike 3
gunung, so, preparation kena ada. Training la apa lagi, naik bukit saga dgn
apek, sekali pegi naik dua2 sekali, baru sengal kaki tu.
Gunung G7 ni kalau kat puncak
memang sejuk walaupun tengahari, track mencanak, lumpur, banyak akar kayu, batu
licin, kena guna tali, panjat tangga, pokok duri-duri, kepala terhantuk kat
dahan pokok - dah tahu benda-benda macam ni, so, prepare je lah.
Itinerary & Logistics
Plan
6hb - bertolak dari rumah
arman, bermalam di masjid ulu kinta dan jumpa En Am, guide dari Sos Militant
(satu group hikers/guide).
7hb (sabtu) pukul 6.30am lepas
subuh naik 4WD dari masjid, terus ke empangan ulu kinta.
8hb petang - expected complete
the whole journey dalam masa 28 hours (pukul 12.00pm)
Petang tu jugak, boleh balik rumah
ke pangkuan keluarga masing-masing.
Guide and Team Member Plan
To ensure the completion of
this hike, guide dengan team member kena pilih la sikit. Open kat member-member
yang rasa mampu untuk habiskan - tak terlalu laju dan tak terlalu perlahan.
Teringat cerita kat gunung
semangkuk bulan December 2015 lepas, ada satu group buat hiking trip daypack,
tapi sorang member perempuan sangkut dan pewai. Kesian.
So, balik ke cerita asal, kita
kena tahu kemampuan setiap ahli kumpulan kita. Kalau laju, tunggulah orang
belakang, kalau slow sangat, tak perlu la ikut awal-awal supaya tak menyusahkan
group korang nanti.
Selepas subuh, kitorang gerak. Macam ni la cara aku duduk, pening ooo
Gear Plan
Apa yang korang expect kat
atas tu, kena lah sediakan awal-awal. Contoh, Sejuk - bawak windbreaker /waterproof rain jacket.
Aku beli kat Karat Adventure brand Kopling - RM250, memang best. Tapi masih
sejuk lagi..huhu.
Expect korang nak kena tidur
malam - so, nak bawak sleeping bag, besar la pulak - beli sleeping bag liner (RM50) kat Karat Adventure.
Boleh juga consider fly sheet dengan ground sheet for
single person - ni untuk next adventure tapi trip kali ni dia beri pengajaran
supaya sediakan tempat tidur untuk elak hujan.
Emergency Blanket, water
filter, plaster, krim panas, panadol, lighter, swiss army knife (beli kat Mr
DIY je), wisel, blinker light, Head light memang kena ada
Kasut - aku memang tak suka
sangat nak pakai kasut berat-berat ni mcm kasut hiking, aku suka kasut trail
(boleh guna trail run dengan hiking sekali). Aku pilih Brooks Cascadia 10 (tu
je yang aku suka).
Bagpack - aku ni tak suka
sangat bermalam lebih 2 hari kat hutan, kalau boleh, semua nak compress dan
daypack. So, barang-barang semua kena ultra light (ringan nak mampus). So, aku
guna Deuter Speed lite 20 litre, ringan, boleh isi banyak barang. Kesian aku
tengok hikers lain yang tidur bermalam-malam kena bawak ration (makanan &
minuman), baju, dan barang keperluan lain. Berat ooo...
So, bila dah berat, nak
langkah naik pun susah, tu yang pewai tu (ikut kemampuan masing-masing).
Bag jugak tak boleh la kecik
sangat, tak muat pulak barang penting.
Baju dan seluar - dri fit la
senang, basah cepat kering tapi bau tak hengat la
Head Light - ni pasal lumens
(pencahayaan) sesuatu lampu, lagi tinggi lumens, lagi terang gitu dan lagi
banyak makan bateri. so, beli yang boleh terang nak mampus dan boleh adjust
brightness dia supaya jimat bateri. Aku punya brand fenix (lampu cahaya kuning).
Ration Plan
Makanan ni subjective sikit,
ramai aku dengar bila esok nak race, makan macam-macam, esoknya muntah atau
cirit birit. Kesian.
Makan benda yang senang digest
dan sesuai ikut perut masing-masing. Aku makan roti je, kurma dan raisins. So,
kena plan. Biasanya masa training tu, biasakan makan benda-benda ni, supaya dia
serasi dengan body.
Technical Plan
Buat research sikit pasal
Gunung tu, berapa tinggi dia, tough naik dia mcm mana, muntah hijau ke..gitu.
Start dari elevation berapa, kalau dari kosong meter, memang azab la. Korbu ni
start dari 250 meter nak sampai ke 2183 meter, so azab maut..huhu.Tapi turun
kat cameron tu,dalam 1,500 meter rasanya, so, azab kurang sikit.
Biasanya kita akan stop dekat
kem. Kem kasut ada, kijang la, seroja
la, last water point la, so, plan apa nak makan bila kat setiap check point ni.
So, bila kita dah tahu apa kita nak makan, minum, kita boleh agak apa dan
berapa banyak nak kena bawak.
Head Light pun kena plan gak,
berapa lama dia boleh tahan. Aku budget 5 jam abis, 5 jam tu pukul berapa, dan
masa tu korang kat mana, kena tau ni, supaya korang tak kantoi kat
tengah-tengah panjat tu, lampu padam, so, beli bateri lebih untuk boleh guna 2
kali ganda.
Communication Plan
Inform la orang rumah ke,
member ke cakap nak masuk hutan bila masuk dan bila keluar.
Dalam hutan ada tempat ada
signal phone, ada tempat takde.
SEMASA
Sebelum Panjat
Dari masjid kat ulu kinta tu
naik 4WD ke empangan ulu kinta. Aku naik pandang ke belakang. Sampai tempat nak
start naik tu dalam 10km katanya, turun je aku terus muntah. Motion sickness le
katakan. Makan panadol, mintak kat abang jawa. lupa plak aku bawak
panadol..huhu. Terima Kasih Abang Jawa.
Start dengan final briefing
oleh Am (sos militant guide) - macam mana style hike, macam mana nak kekal
dalam satu kumpulan, macam mana nak tau berapa jauh team member kita depan atau
belakang.Jerit je, dan depan atau belakang kena sahut. kalau sahut, diorang
dekat, kalau tak sahut, jauh tu, so, orang depan kena tunggu orang belakang.The
best tips jalan dalam hutan adalah
bertiga katanya. Kalau sorang
injured, sorang boleh teman, dan sorang lagi mintak bantuan.
Final briefing oleh En AM
Am akan jadi Leader depan,
Arman akan jadi sweeper dan yang lain-lain kat tengah-tengah.
Elak Pacat
Letak le Yoko-yoko atau krim
panas kat kaki (flanil, deep heating rub), stokin dgn kasut, gerenti pacat tak
naik. On the way naik Korbu banyak pacat, so, selamat berjuang.
Mula-mula dah pukul bukit, tak tinggi, tapi muntah hijau
Ghaz (kiri) dengan gaya tersendiri melepaskan penat
Trail/Track Evaluation
Stage 1 - Trail Head ke
Water Fall
Start 7.48am from trail head
(tempat start mendaki)
Jarak - 3.71km
time - 1 jam 42 minit
Jam - pukul 9.28am
Trail condition : Dry
Trail difficulty : moderate,
Start dia rata dan pukul bukit
Water fall dia cantik, ambik
gambar tengah senyum kat sini, lepas ni takde dah.
Masa ni banyak pacat hinggap
kat kaki. So, be alert.
Waterfall yang sangat cantik
Macam ni wak, tangkap gambar
River crossings - be careful
Leech checking every 10 minutes
Stage 2 to Kem Seroja
Jarak from start - 5.27km
Time - 2 jam 33 minit
Jam - pukul 10.19am
Trail condition : dry trail
Trail difficulty : moderate
hard
Jarak from Water Fall – 1.56km
Time from water fall to seroja
: 1 jam 9 min
Masih banyak pacat masa jalan.
Tak face any difficulties.
Stage 3 to Kem Kijang
Jarak from start - 7.54km
Time - 3 jam 45 minit
Jam - 11.31am
Trail Condition : wet
Trail difficulty : hard
Jarak from Seroja to Kem
Kijang : 2.27km
Time taken from Seroja to Kem Kijang : 1 jam 12 min
Stage 4 to Last Water Point
Jarak from Start - 8.97km
Time - 4 jam 56 minit
Jam - 12.42pm
Trail condition : wet
Trail difficulty : hard
Jarak from Kem Kijang to Last
Water Point : 1.43km
Time taken from Kem Kijang to
Last Water Point : 1 jam 11 min
Jumpa dengan Mizi belantik (kanan) kat sini...
Kat sini ramai hikers tengah
rehat. Wak jawa siap mintak curut kat Mizi Belantik. Kat sini juga merupakan
last water point, so, sila refill air sungai. Lepas ni, punca air kat H20.
Dalam 5 jam perjalanan ooo.....!
Lupa dah masa ni kat mana, tapi ambik breather sikit, makan nasi himpit dengan serunding, 3 bungkus aku bedal....lapar ooo...
Stage 5 to Peak of Gunung Korbu
Jarak from Start - 10.84km
Time : 7 jam 29 minit
Jam : pukul 3.14pm
Trail Condition : wet, muddy
Trail difficulty : hard, very
hard at certain point
Temperature : 24.4 degree
Rehat time : 20 minutes
Jarak from Last Water Point to
Puncak Korbu : 1.87km
Time taken from Last Water
Point to Puncak Korbu : 2 jam 33 min
Sampai jugak puncak Korbu...lega
Gambar joget takde la pulak
Atas puncak memang sejuk, 20
degree rasanya. Masa ni tengah cerah lagi, tapi dah petang. Tak ramai orang
lagi kat sini. Lepas rehat seminit, ambik gambar, kita teruskan perjalanan.
Masa ni, memang lega la sebab dah sampai 1
st puncak.
Satu la keajaiban dunia ni,
hutan dia kat sini semua di liputi lumut atau bahasa amerika latinnya mossy.
Memang tahap mossy forest gunung irau, lagi cantik dari irau sebabnya tempat ni
jarang orang usik, Gunung Irau dah macam bukit bintang dah orang masuk keluar,
abis lumut orang buat carpet.
Stage 6 to Simpang Proton
Jarak from Start : 13.13km
Time : 9 jam 26 minit
Jam : 5.12pm
Trail condition : muddy,
slippery
Trail difficulty : very hard,
upper body movement, watch your head
Jarak from Puncak Gunung Korbu
to Simpang Proton : 2.29km
Time taken from Puncak Gunung
Korbu to Simpang Proton : 1 hour 38 min
Cantik mossy forest dia. Rino tengah offer makjun dekat wak
Simpang proton ni, open space,
kecik je. Ia merupakan simpang di antara puncak gayong dan jalan menuju ke Yong
Belar. Nak pegi puncak pun 13 minit ooo...jalan lecak, tanah lembik.
Ghaz, seorang yang tabah menghadapi cabaran
Stage 7 to Gunung Gayong
Jarak from Start : 13.26km
Time : 9 jam 40 min
Jam : 5.25pm
Temperature : 20.6 degree
Trail condition : wet
Trail difficulty : easy
Rehat time : 10 - 20 minutes
Temperature : 20.6 degree
Jarak from Simpang Proton to
Puncak Gunung Gayong : 130 meter only
Time Taken from Simpang Proton
to Puncak Gunung Gayong : 13 minutes
Penat tak terkata, duduk sambil termenung
Lega jugak bila dah sampai kat
sini. Dari Korbu nak sampai sini bukannya jauh pun, 2.42 km je, tapi dia punya
azab naik, aduhai....mencanak kau!
Berjaya jugak sampai ke puncak gayong...siap pakai head lamp oi...sejuk!
Kat sini, kita prepare gear
untuk jalan malam. Temperature pun dah drop dah masa kat sini. Masing-masing
tukar baju rainjacket. Hujan pun masa ni, setitik dua je. Hari dah nak malam.
Pukul 5.25pm matahari nak tenggelam dah. Head Lamp pasang.
Arman pun duduk termenung gak
Stage 8 to Kem Cerek
Jarak from Start : 14.06km
Time : 10 jam 30 minit
Jam : tiada rekod
Trail condition : wet,
slippery
Trail difficulty : hard
Jarak from Puncak Gunung
Gayong to Kem Cerek : 800 meter
Time taken from Puncak Gunung
Gayong to Kem Cerek : tiada rekod
Nak sampai kat sini azab gak...
penat oi..!
Dari Gayong kita turun bawah,
ada naik, ada turun, manageable la. Tak tinggi sangat nak naik pun. Tapi Cuma
teknikal sikit di mana masa turun dan naik nak kena pegang banyak benda. Ramai
team member dah start jadi kelawar dah tapi belum fully transform lagi. Dah
slow, berhati-hati.
Gambar jam aku ambik kat sini
tak clear la pulak. Blur...adui, suwey betul. So, tak tau pukul berapa aku sampai
kat sini. KAlau nak ingat memang tak la...time tu ingatla, bila balik rumah,
semua lupa.
Stage 9 to Puncak Junction
Jarak from Start : 16.33km
Time : 12 jam 47 minit
Jam : 8.33pm
Trail condition : muddy,
slippery
Trail difficulty : very hard,
upper body movement, watch your head,
pitch black, easy to get lost,
began to slow down
Jarak from Kem Cerek to Bukit
Junction : 2.27 km
Time taken from Kem Cerek to
Bukit Junction : tiada data
Masa ni kat puncak junction ni...pergh...paling tension sekali
Nak sampai kat puncak junction
ni memang makan masa, sebab gelap. Careful memanjang. Berapa kali aku terhantuk
kat kayu, terjatuh terkangkang. Lepas tu plak, kena panjat-panjat akar kayu,
selit-selit bawah pokok tumbang – dalam gelap.
Masa ni jumpa hikers lain yang
sama tengah naik, bawak beg besar, pergh memang malim gunung la diorang bawak
beg berat.
Satu section aku dengan Rino
tak jumpa track, masa tengah naik. Satu kelemahan area ni, dia tak banyak
penanda arah tu, plastic ikat kat pokok tu. Nasib baik jarak antara kita ni tak
jauh, jerit “Am”, tiba-tiba Am menyahut, dia suluh kat kitorang, dah terlajak
sikit kitorang ...kah, kah...
Stage 10 to H20
Jarak from Start: 19.13km
Time : 16 jam 02 minit
Jam : 11.48pm
Trail condition : muddy,
slippery, rocks
Trail difficulty : extreme
hard at certain point
Temperature : 19 to 22 degree
(extreme Cold)
Jarak from Bukit Junction to
H20 : 2.8km
Time taken from Bukit Junction
to H20 : 3 jam 15 min
Temperature : 19 degree
Tengok tu sampai H20 pukul berapa, 11.48pm, Sejuk, penat toksah cakap la.
Masa on the way ke sini, aku
beberapa kali lost direction, tak nampak rino kat depan, laju pulak mamat ni.
Kat belakang aku wak, ghaz dgn arman – jauh la pulak. Jerit lagi nama Rino,
nasib baik dia patah balik, kesian pulak aku tengok dia...haha...
Hujan sejak dari Puncak
Junction – 4 jam jalan dalam hujan. Temperature drop kepada 19 darjah celcius
berserta angin kuat jadi lagi sejuk. Badan penat, sejuk, gelap, dah malam. Kita
berharap ada la orang camping kat H20, boleh la Tumpang kopi ke, shelter ke,
Tumpang kasih ke.
Ada satu section ni masa turun
dari H20, kena turun pijak dahan pokok, dan meniti sikit dahan pokok tu –
seumpama pokok tu yang menjadi tangga untuk kita turun ke bawah. Memang scary
le, bila suluh kat bawah, tinggi jugak ni kalau jatuh. Memang berdoa je la aku.
Tapi team member lain bagi support, AM suluh Rino turun dari bawah, Rino suluh
time aku turun, Aku suluh time ghaz turun, dan seterusnya (penat pulak nak
ulang). Ada coordination di situ.
mossy forest...wak sedang memerhati organism yang berada dalam lumut, nak buat ulam katanya
Turun punya turun, tak
sampai-sampai. Dah naik fed up jugak la, dalam fikiran aku, ni betul ke jalan
ni. Last sekali sampai jugak ke H20 pukul 11.48pm. Sejuk bukan main sampai ke
tulang.
Di sebabkan angin kuat, hujan
dan suhu sejuk, dan berita mengatakan ke Yong Belar pun angin kuat dan sejuk,
kita decided untuk rest here. Takut hypothermia kalau kita teruskan. Jadi, stopkan
jam suunto dan recharge here.
Keluarkan emergency blanket.
Selubung. Bukak kasut, stokin.
Terima kasih la kat hikers
yang ada kat H20 tu bagi shelter dan tempat panas la jugak. Tapi aku dengan
arman kena tidur luar. Aku tak kisah la sangat, dah penat, aku baring je atas
tanah, bagpack jadi bantal. Sarungkan sleeping bag liner. Tidur macam udang.
Terlelap la aku di buai mimpi
ngeri. Tapi pukul 3 pagi aku terjaga, sebab terlalu sejuk. Sekali hujan da,
takde space nak tidur kat dalam.
Aku tidur duduk pulak, still
sejuk. Emergency blanket aku adjust sikit, cover sikit jangan bagi udara masuk,
pun ada gak yang masuk. Last2, aku buat total make over, adjust balik
betul-betul emergency blanket tu, tidur mengiring, lena sampai pukul 5.00 pagi.
Lega.
Lepas tu Arman plak kejut
suruh bangun, aduhai....
Lepas tunggu semua siap,
refill air bagai, aku pulak tukar stokin fresh, lega, tapi bila masuk dalam
kasut basah, sejuk la balik. Glove pulak dah lama dah basah, sejuk. Jari kecut.
Tapi fikirkan nak pegang-pegang benda nanti, tahan je la pakai glove basah
sejuk tu. Pukul 6.08am kita gerak balik menuju Yong Belar.
Start dari H20 (reset jam
balik)
Stage 11 to Kem Kuali
Jarak from H20 : 4km
Time : 4 jam 53 minit
Jam : 11.00am
Trail condition : muddy,
slippery
Trail difficulty : hard
Jarak from Start : 23.13km
Antara Kem-kem yang kita rasa best, sebab dah nak sampai
Masa on the way ke Kem Kuali
ni lah, suhu drop paling minimum 14.4 degree celcius. Arman cakap jari dia dah
tak rasa dah...huhu. Memang sejuk! Walaupun kita panjat bukit guna kederat,
tapi peluh tak keluar. Kabus je kat depan. Bila hembus nafas, macam keretapi
wap...maksudnya betapa powernya aku.
Dah pukul 8.00am pun masih
gelap lagi. Aku cakap mana la matahari ni, angin toksah cakap la, bertalu-talu
tibai....dia punya sejuk, pergh....!!!
Start dari H20, Rino pakai
seluar hujan, RM5 beli katanya. Yang kelakarnya, baru je 5 minit panjat, seluar
tu dah koyak sikit. Lama-lama koyak
makin besar, aku kat belakang senyum sorang-sorang.
Stage 12 to Gunung Yong Belar
Jarak from H20 : 4.35km
Time : 5 jam 42 minit
Jam : 11.51am
Trail condition : muddy
slippery
Trail Difficulty : hard
Temperature : 14.8 degree
(extreme cold)
Jarak from Kem Kuali to Gunung
Yong Belar : 350 meter
Jarak from Start : 23.48km
Akhirnya sampai gak kat puncak
yong belar. Lega, dekat nak pukul 12 tengahari kat sini, tersasar jauh dari
plan asal. Tapi nak buat macam mana, stranded kat H20 akibat cuaca.
Antara gunung-gunung di banjaran
Kasut abis lunyai, basah, stokin pun basah...layan je la..
Walaupun dah tengahari,
temperature kat puncak memang dewa abis, sejuk gila! Menggelupur aku cari tempat
takde angin lalu. Tapi pemandangan kat atas ni, subhanallah ! Cantik Sangat!!
Awan Kapas katanya..
Banyak gunung ganang kat
depan, lepas tu ada awan kapas ropol-ropol membaluti gunung yang kita lalu
tadi...pergh...terdiam la aku jap. Memang worth it, lupa segala penat lelah
aku. Tapi kejap lagi teringat la balik...ha, ha...
Stage 13 to Kem Kasut
Jarak from H20 : 5.49km
Time : 6 jam 53 minit
Jam : 1.01pm
Trail condition : extreme
muddy, slippery
Trail difficulty : moderate
downhill, technical, watch your step
Jarak from start : 24.62km
Jarak from Yong Belar to Kem
Kasut : 1.14km
Cepat la Rino...kitorang nak guna pinggan tu...
Masa turun dari Yong Belar ni
, track dia dah start lunyai. Lumpur, selut, lopak air sepanjang perjalanan.
Aku kena selut dalam sikit lagi nak sampai buku lali. Pergh...
Bila jalan je, bunyi ‘ceplash,
ceplash’, bunyi “scrrooot” bermakna kasut tenggelam kena tarik balik.
Makan nasi lauk sardin...paling sedap di dunia
Masa ni jugak seluar hujan
Rino abis koyak dah, kelakar betul. Sebelah kaki kiri dia tu koyak sampai
pinggang, last-last tinggal getah je...adui...kah, kah...
Tengok la seluar rino tu...kah, kah...
Kem kasut tempat dia berlumpur
gak, tapi masih ada hikers camping kat situ. Am dengan Arman memang kat depan.
Bila aku sampai kat sini je, diorang tengah makan nasi lauk sardin. Pergh...
Aku pun di offer makan jugak. Apa
lagi, siap tambah tu....Terima kasih kepada team uitm trengganu rasanya, sebab
bagi kitorang makan.
Stage 13 to Kem Tudung Periuk
Jarak from H20 : 8.57km
Time : 9 jam 22 minit
Jam 3.31pm
Trail condition : extreme
muddy, slippery
Trail difficulty : moderate
downhill, technical, watch your step
Jarak from Start : 27.7km
Jarak from Kem Kasut to Tudung
Periuk : 3.08km
Kem Tudung Periuk ni kira
check point last la dalam pendakian kitorang. Lepas Kem Periuk ni, next ialah
kebun sayur. Memang nak abis la. Tapi dia punya azab nak abiskan adui....sejam
dua gak la
Stage 14 (Final Stage) to Kebun Sayur
Jarak from H20 : 10.67km
Time : 2 jam 11 minit
Jam : 5.42pm
Trail condition : muddy,
Trail difficulty : moderate to
easy,
Jarak from Tudung Periuk :
2.1km
Jarak from Start : 29.8km
Keluar je dari hutan tu, kita
berada di atas bukit, kat bawah tu Kebun Sayur Cameron highland.
Kat sini jumpa pulak dengan
satu team hiker, diorang tak sampai atas, sebab hujan, sejuk dan angin malam
sebelumnya. Jadi, kitorang di offer makanan lagi, nasi dengan ayam masak merah.
Apa lagi, perut pun dah
lapar...hentam je la.
Bateri dah abis, malas nak recharge, dapat tengok time je
Muka Puas dapat complete...
Mari beli, selonggok singgit
Win photo....saujana mata memandang...kebun sayur..
Lepak kat sini dalam 20 minit.
Lepas tu kita pun turun bawah melalui kebun sayur.
Dalam 5 – 10 minit berjalan,
ada sungai, melintas guna pokok yang juga berfungsi sebagai jambatan.
Lepas tu masuk dalam kawasan
hutan.
Berhati-hati, silap-silap tergolek
Lepas tu lalu kat satu kawasan orang panggil area paip. Kerana banyak
paip besar-besar tangan kita yang berselirat warna hitam.
Kita terpaksa meniti paip
tersebut, jauh gak..hantu betul. Tergolek-golek di buatnya.
Stage 15 (End) to 4WD – getting out
Jarak from H20 : 15.11km
Time : 1 jam 15 min
Jam : 7pm
Trail condition : dirt road,
Trail difficulty : easy,
Jarak from Kebun Sayur : 4.44km
Jarak from Start : 34.24km
Sampai lah satu kawasan yang
menuruni tangga batu dan akhirnya sampai ke tempat 4WD menunggu. Lega.
Berakhirlah pendakian yang
mengambil masa 33 jam dan 28 minit. Aduh, penatnya...!
Naik 4WD keluar dari kawasan
empangan tu menuju ke Kampung Raja. 4WD tu pulak zaman perang punya (range
rover) tapi kuat lagi. Gear dia rasanya boleh pegi sampai gear 2 je, mengaum
semacam macam nak pecah gearbox.
Sampai kampong raja, mandi,
dan tunggu satu lagi 4wd yang membawa kita semula ke Ulu kinta yang mengambil
masa 1 jam 20 minit.
Jangan tanya kenapa aku pos macam ni...ni Ghaz ambik candid...kureng
Aku duduk kat belakang dengan
Am dan Rino. Sepanjang perjalanan, tidur...tak larat dah...
Sampai ulu kinta, boleh lagi
pegi makan tu. Lepas tu pegi masjid , ambik keta arman, gerak balik ke KL.
Heran betul si Arman tu drive ke KL langsung tak mengantuk, berborak dengan
Ghaz. Aku dengan Rino dah belayar dah. Wak jawa tak berapa sihat pulak, kesian.
SELEPAS
Evaluation / Assessment
Bila tengok balik dari segi
persediaan, tahap kecergasan, barang-barang yang di bawa boleh di katakan yang aku
mampu dan berjaya mengharungi pendakian yang extreme.
Tetapi, aku (dan Semua team
member) gagal bersedia untuk menghadapi kesejukan melampau semasa di kem H20.Kita juga gagal bersedia untuk
tidur dalam hujan.So, point-point macam ni perlu
di ambil kira untuk next event.
Untuk menangani sejuk melampau
– thermal glove, thermal jacket, thermal pants and socks kena ada. Cuma problem
dia adalah berat sikit dan agak bulky.
Menangani hujan pulak, - fly
sheet dan ground sheet untuk seorang (ringan dan kecik). Pun mempunyai masalah
berat gak bila bawa.
Sama-samalah fikir jalan
terbaik.